Isnin, 21 Februari 2011

Anginku

salam dan selamat...

sudah sekian lama jari tidak menjengah untuk menaip di ruangan ini,,
sudah sekian lama minda tidak bergerak untuk memikirkan apa yg terlintas,,
sudah sekian lama tidak berfungsi,,
dan sudah tentu sekian lamanya aku tidak membuka blog aku untuk meluahkan apa yg dirasa,,

bukan sebab sombong,
bukan sebab sebuk,,
dan sudah tentu bukan sebab tidak berkesempatan,,
cuma apa yg terjadi,,aku tidak dpt untuk log in blog ini atas apa sebab,, aku pun tak tau..

dalam kesempatan yg seketika ini, apa yg aku ingin luahkan,,,
aku amat merindui dunia blog ini walau untuk sekian kalinya aku hanyalah beginner dalam bidang ini,,
tapi tidak salah rasanya kalu aku juga ingin mencuba nasib untuk menghidupkan dunia blog..

tahniah kepada blogger2 yg otai2 belaka dalam bidang ini..

dalam perkiraan aku,, sepanjang meniggalkan blog aku ini, banyak perkara yg berlaku, dari siang bertukar malam, hujan berganti panas,, byak perkara terjadi,,

pergolakan politik dunia luar mahupun politik di tanah air,,harap2 semuanya memberi kelebihan kepada yg benar...

untuk sekian kalinya jgak,,selepas grad,,smpai ke hari ini aku still penganggur terhormat..bukan demand kerja,,apa kerja aku nak ja,,tapi apakan daya,,nasib yg menentukan,,,
usah dibilang berapa kali temuduga yg ku hadiri,,tapi jawapannya tetap sama,, tggu call..
bila ditanya, kami hanya nak yg berpengalaman...
di sini aku mau bilang.,,,fresh grad nak ada pengalaman apa???selaian ke kuliah, join program,,teori,,dengar telehan penysarah, urusan ptptn dan sebagainya,,
dalam dunia industri sudah tentu pengalaman tak dak..
dan kalu tak bg peluang kpd fresh grad utk kerja,,cmna nak ada pengalaman???
cb bgtaui sat??!!!!!!!!!!!