Ahad, 31 Januari 2010

--Abu Garcia--







tunggu.. akan aku miliki mu..bila sampai masanya..
sangat bagus- sangat mahal- sangat berkualiti..
kepuasan akan terpancar nnti..aduh,,geramnya..

-hampa-

salam dan selamat...



1) penat dan kecewa,,, semalaman,,seharian.. umpan tidak mengena,, mmg penuh kesabaran..dan menguji ketahanan mental dan fi2ikal..

2) tapi takpa,,biasalah tu semua cabaran yg perlu ditempuh sebagai kaki pancing..bukan semuanya mengena.. ada masa kena,,ada masa kosong saja,,

3) anak keli,, udang,, katak,, dedak,, semua tak berhasil.. tak apa..lain kali,, cuba lagi..

4) apapun,,perancangan nak g banding bersama a.nif, a.det, a.kimi harap2 menjadi time cuti raya cina nie,,

5) taut yang aku ngan abg aku tahan pun tak mengena.., tak apa a.det..lain kali kita cuba lagi...

mulut berbau,,,

salam dan selamat...



artikel dipetik daripada BH online..:

INFO: Tanda-tanda mulut anda berbau

  • Anda sering berasa ada bau busuk atau rasa kurang enak dalam mulut
  • Rakan atau orang di sekeliling menutup mulut atau mengalihkan pandangan apabila anda bercakap
  • Ada rakan yang menegur atau menghulurkan gula-gula kepada anda
  • Ada kesan atau calitan berwarna kuning atau putih pada lidah anda.


Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini. Kerap kali, menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari dan perbuatan flos gigi setiap hari juga membantu menghilangkan bau mulut.

Langkah lain boleh diambil bagi mengurangkan masalah bau mulut:

1) Minum teh

Kajian mendapati bahan kimia dalam teh hijau dan teh hitam dikenali sebagai ‘polyphenols’ membantu menghentikan pertumbuhan bakteria yang bertanggungjawab dalam masalah mulut berbau.

2) Minum banyak air

Minum banyak air membantu mulut kekal lembap. Dalam kepercayaan perubatan Cina, mulut berbau disebabkan kepanasan yang berlebihan dalam perut. Air, sup atau buah-buahan seperti timun membantu menyeimbangkan tubuh. Sementara minuman seperti kopi, susu, makanan bergoreng atau makanan pedas dipercayai hanya menambah masalah. Apa saja jenis minuman terutama air kosong membantu membuang partikel kecil makanan dan lebihan mukus daripada mulut. Ia juga membantu mengelakkan mulut kering.

3) Penggunaan herba

Selain mengunyah gula-gula getah, amalan mengunyah herba seperti pudina, rosemary dan selasih dapat membantu mengurangkan bau mulut.

4) Belajar mengawal tekanan

Sesetengah orang terutama lelaki muda memiliki rejim kebersihan gigi yang baik tetapi mungkin ramai tidak menyedari yang tekanan meningkatkan penghasilan bau mulut.

5) Berhenti merokok

Merokok bukan saja membuatkan mulut berbau tetapi juga mengeringkan mulut.

hahahahah,,,

angpa pikir sendiri la...

mulut berbau,,, atau saja2 wat bagi berbau....

hahhahaha...

semua orang ada masalah mulut berbau...

banyak rawatan perlu diberikan,,,

bukan yg diatas saja,,,ada lagi cara lain...

hahaha,,pikir2 kan..

Jumaat, 29 Januari 2010

PELAJAR VS ??????

salam dan selamat untuk semua..



1) selesai solat jumaat.. wakil pelajar dari GM mengadakan rapat umum (perhimpunan aman) bagi menjelaskan mengenai keputusan PRK.. seorang demi seorang wakil keluar melontarkan pandangan dan perasaan..

2) laungan bergema di perkarangan masjid..ramai yg berkumpul... dengan tak semena2,,trak fru dan polis mai,,

3) dua org polis berpangkat datang untuk menyuraikan perhimpunan,,tetapi dihalang dan dikerumuni oleh pelajar.. serentak dengan itu juga sekumpulan anggota fru dan anggota polis merempuh dan menolak pelajar,,berlaku sedikit kekecohan dan pergelutan dengan anggota terbabit..

4) agak sedih dan kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa.. nasib baik gas pemedih tidak dilepaskan.. setelah reda,,dua orang pelajar ditangkap dan ditahan.. sampai sekarang tidak tahu sama ada dibawa ke balai atau ditahan...

5) setelah berunding,,pelajar diminta untuk bersurai,,keputusan tidak tahu lagi..

6) bukan ini yang pelajar mahukan,,tetapi kebenaran dan ketelusan daripada keputusan pilihanraya kampus,,

7) di mana hak pelajar untuk menyuarakan pandangan bagi mendapat kebenaran,,??adakah dengan cara paksaan dan tekanan yang sebegini??

8) apapun,,perjuangan bagi pelajar tetap diteruskan sehingga kebenaran terbukti,,cukuplah yang lepas2 dengan menipu pelajar,,

9)kah kah kah,, kami bukan lembu,,,
kah kah kah,,, kami bukan kuda tunggangan,,
kah kah kah,,kami mahukan hak kami dalam menyuarakan pandangan dan kebenaran,,
kah kah kah,, cukup2 la,,kami tak mau dok kena tipu selalu.. banyak sangat dah dok kena,,





perjuangan atau rusuhan???

salam dan selamat untuk semua...

1) aku baru sja balik dari komplek bestari,,menunggu keputusan PRK,,dan daripada keputusan yang diumumkan,,aspirasi melebihi dan berjaya memegang lagi pemerintahan UKM,,,

2) Tapi yg menjadi persoalan,,??adakah perjumlahan undi itu telus dan betul???

3) kenapa keputusan begitu ketara sekali??

4) apabila GM mengadakan bantahan bagi mendapat penjelasan.. pelajar pula yg dipukul oleh guard..adakah ini yg pihak ini mahukan?? apa salah pelajar??

5) perlukah pihak ukm memanggil polis?? fru?? utk meleraikan kumpulan ini???

6) dari jam 11 lebih,,sehingga jam lebih kurang 2 lebih,, menunggu,akhirnya,,tunggu esok,,
polis dan fru ramai yg masuk ,,nasib baik tidak diberikan gas pemedih mata sebagai santapan,,,

7) dimanakah wujudnya amalan demokrasi dalam kalangan pelajar???

Rabu, 27 Januari 2010

perlu kah aku untuk bersuara

salam dan selamat untuk semua...
1) Tajuk nie bukan hendak ditujukan kepada sesiapa yang terlibat,,tetapi sebagai pandangan aku mengenai kempen besar yg akan diadakan di SMK Teknik Sepang..

2)Sebagai org bwhn (merangkap ajk TTK),, aku dengan rendah diri ingin memaklum sedikit yang aku kurang berpuas hati terhadap perjalanan kempen ini... aku bukannya apa,,cuma apa yg membuatkan aku pening,,aku bekerja utk melaksanakan kempen atau melaksanakan khidmat komuniti??? mmg ada segelintir shbt yg sudah kerap kali memklmkan bhwa perkara ini tidak akan berlaku,,tetapi pada hari ini,,dan ketika ini,,setelah berfikir sejenak,,aku rasa perkara ini akan berlaku,,

3) Disini bukan aku hendak menimbulkan ketegangan antara sahabat2 dalam perjuangan menyiapkan tugasan ini,, tetapi harap diperbetulkan dan diperhalusi betul2 sebelum sesuatu keadaan yang tidak diingini boleh berlaku,,

4) Bagi aku,barangkali kempen hanyalah sebahagian daripada keseluruhan program yang tertakluk di bawah khidmat komuniti.. team kempen hanyalah sebagai salah satu program yang terselit di dalam agenda program kemasyarakatan tersebut.. tetapi perjalanan team kempen aku dah rasakan seperti menjalankan kerja utk keseluruhan program pada hari tersebut?????apakah ini??? boleh jelaskan ???

5) Sekali lagi aku nak ingatkan,,aku bukan nak timbulkan keadaan tegang,,tetapi meluahkan apa yg aku rasakan,,dan aku juga manusia yg lemah dan kurang arif mengenai sesuatu perjalanan program,,, jadi bagi mengukuhkan lagi eloklah dibawa berbincang dengan teliti.. supaya pertindihan tidak berlaku..

6) Utk tshirt,, bagi team kempen,,kalu dah tak cukup,,tak payah la,, kalu team khidmat komuniti nak,,buat ja la,,jgn pikir ttg kempen,,kempen hanya subkontrak kepada program besar.. 1/3 sahaja,,..

7) Sesiapa yg rasa aku biadap dan kurang ajar,, mai jumpa aku,,aku nak terang biar jelas dengan penuh berhemah,,bukan nak gaduh atau nak tegakkan benang yang basah,,,

8) Minta Maaf buat sesiapa yg terasa..

9) sekian.

ament,paper projek,kempen

salam,,dan selamat utk semua,,

1) ament yg dah mula menimbun utk diselesaikan,,,
2)paper projek pula menyusul///kn wat kajian,, penat nak p library,,
3)kempen besar dan PKA yg nak kn gerak juga,,24 mac 2010 nak kn wat kat smk teknik sepang,,adoiii

penat camping//

salam,,dan selamat utk semua.,.

1) Alhamdulillah,,camping yang dirancang di hutan lipur Lentang selamat juga dan selesai..penat tak terkata,,berkonvoi naek moto mau tak penat,,

2) Bertolak dari ukm jam 11 lebih,,berkumpul di warta,,beli barang keperluan,baca doa terus gerak..lebih kurang jam 2 lebih tiba di hutan lipur Lentang,,sepanjang perjalanan tiada masalah,kecuali tayar moto ehsan yg pancit,,so kn naek van moto dia dan tukar tiub di genting sempah..sejuk jugak kat sana,dah bapa tahun tak smpai genting sempah,,keadaan masih tak berubah,,seperti sedia kala,,cuma keadaan jalan yang berliku dan naik bukit turun bukit,,agak merisaukan bagi penunggang kapcai khusunya..

3) siap jam 3 petang,,masuk dalam hutan,,cari tapak khemah,, lebih kurang setengah jam,,khemah siap dipasang,kayu api dicari, kelengkapan, disiapkan,,peralatan disusun.. masing2 amik tugas masing,,itu yg kerja jadi lancar..siap2 ja trus terjun dalam air..huh,,walaupun tak dalam,,tapi ok la,syok jugak,aku tanpa berlengah terus memasang pukat,,dengan harapan akan kena la kelah seekor dua utk dibakar,,heheh.

4) siap2 semua,,yus, lie, aku, dan semua sibuk naik ke atas,, tok sediakan bbq ayam, daging burger dan hot dog..sedap sx mkn selepas berendam,,heheh,,,dah siap mkn,,lepak2,,,main air,,aku dan ijam menukar rancangan utk tahan pukat kat bawah jambatan,,katanya banyak sikit ikan,,jadi tggu apa lgi,trus pasang kat sana,,dalam tengah2 dok pasang,,lebih kurang jam 6 lebih,,ujan trun dengan lebatnya,,kami trus bergegas balik ke tapak khemah,,aduhai,,dugaan,, terpaksa angkat khemah ke sebelah pondok kerana hujan lebat,,saat ini agak mencabar dan memberi sepenuh perhatian dalam setiap gerak kerja,, silap sedikit mengundang bahaya dan kecelakaan,,

5) siap setting tempat,, solat maghrib dan isya,,(dalam hutan solat tetap tidak boleh diabaikan,,syaitan tak akan dekat)..siap semua,,yus n da geng,,siapkan juadah mkn malam,antara menunya ialah, sardin tin,,ayam bakar, daging burger, hotdog dan telur goreng,,sedap bukan main lagi,, dengan beratapkan pondok,,semuanya dalam keadaan lembab,, yang penting unggun api tidak boleh terpadam,,keselamatan.. sudah makan,,sebab tiada pengisian,,satu minit terasa begitu lama,,so tak mau bagi bosan bermacam2 permainan di jalankan,,dari teka teki sehinggalah kepada sembang2 kosong,,

6) Jam menunjukkan tepat 3 pagi,,yang masih berjaga ialah aku dan cpak..yang lain semuanya sudah terbungkang,,bagi memastikan keselamatan,,aku dan cpak bersengkang mata,,maggie, biskut kering, kopi radix dan kapal api jadi santapan,, pengalaman yang agak menyeramkan aku dan cpak diganggu oleh tangisan dan hilaian makhluk yg berada bersama2 kami di dalam hutan,, sebagai hamba allah,,kami biarkan aja,,kerana dia juga merupakan makhluk allah..

7) Jam tepat 4.30,,yus dan esan dan medi bangun,,tukar sentri,,aku pun dah tak tahan sangat,,tapi dalam tak tahan, jam 5 pagi baru tertidur,,jam 7 bangun,,solat basuh muka,,trus ke jambatan,,angkat pukat,hahahah, itudia,, pukat mengena,,ikan sebarau, baung dan keli,,yahoo,,makan ikan bakar,,

8) menjelang pagi,,semuanya segar,, masak meggi,, makan biskut kering,, bakar ikan,,bestnya,,hahah,,tepat jam 11.30,semuanya bersiap,,kemas2 nak balik,,lebih kurang jam 2 bertolak balik,,penat terasa,,pengalaman takkan dilupakan,, lepas ni p kat tmpat len plak,,huhhuhu...the best teacher is your experience...



e...















Jumaat, 22 Januari 2010

hahah,,p/rya kampus??

salam dan selamat utk semua..

1) masing-masing sibuk dengan nak adanya pilihanraya kampus.. semua student kalut dan asyik sembang pasai pilihanraya..yang fanatik bertambah la lagi nak tegakkan apa yg disokongnya..

2)pelajar tahun satu,,paling dalam keadaan tak menentu,, betul ka nak kn buang kolej?? betul ka nma nak kn blacklist?? sapa pya keja semua tu?? adakah semua tu benar?? atau omongan kosong yg sengaja digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak??

3)hahah...hahah..hahah.. sapa yg punya kerja??? kesian kat angpa no,,budak2 tahun satu,,trima la nasib mcm mana aku dan seangkatan mahasiswa kn momok bila di tahun satu... sonang2 tak payah mengundi la no???tapi rugi plak,,nnti aspirasi menang,,nanti pro-mahasiswa menang..mana satu yg betul nie???

4)hahah..hahah..hahah.. dua-dua aku tak peduli,,,dua-dua ada agenda tersendiri..sapa yg betul sapa yg salah? tak payah la aku nak cari salah org,,aku tgk diri aku sudah,,, tapi apa yg dah byak berubah kat ukm nie??? sapa yg pegang>??

5)hahah..hahah,,hahah,, Cik Wan Idrus,, pensyarah paper analisis dasar major aku.. dia mmg best,, aku sama sx sokong apa yg dia kata mengenai calon2 yg nak brtanding..dan calon yg ada skrg,,, korang nak jd calon,,disiplinkan diri tu dulu,,.tapi aku tak bermaksd mana2 calon,,ada yg ok,,ada yg tak ok,,pandai2 lah pikiaq sendiri..

6)hahah,,hahah,,hahah..AGM persatuan kn hold dulu,, beri laluan utk pilihanraya,., so,,pelajar2 ukm,undi la sepuas hati..sapa menang nnt tadbir la baek,,,jgn dok sebar propaganda ja pandai,, muka cantik,,propaganda cantek,,bila dah pegang,,taik,,hahah,,hahah,,,hahah,,

7)apa aku merepek nie??hahah..hahah..hahah,.,itulah kenyataan,,, yg lagi kenyataan,,khutbah jumaat td mmg sesuai..tp sapa yg nak sedar?? ibu bapa gumbira,,anak2 dpt masuk contest af, bintang kecil dan segala mcm realiti tv yg ada la nie,,terdedah sana,,terdedah sini,,, sapa yg nak disalahkan?? Islam agama yg sempurna.. tapi mcmna umat dia corakkan agma islam tue?? bila yang mungkar diterima,, yg makruf ditolak,apa nak jd dengan umat islam??pd hari ini....

8)renung2kanlah,,,aku nak ingatkan diri aku dan juga semua umat islam di malaysia khasnya... yg begitu taksub dengan hiburan yang segala mcm,,, sedih,,,

air terjun lentang

salam dan selamat utk semua,,,

1) harap2 menjadi apa yg dirancangkan,,hari sabtu dan ahad,,aku dan kengkawan nak p camping kat air terjun lentang..dekat bentong pahang..

2)perancangan dah dibuat,,tggu pelaksanaan,,dua hari satu malam,,berkonvoi dari ukm,,10 org yg nak p,,berbekalkan ayam diperap..maggie,,sardin,,beras,,dan segala macam peralatan yg perlu,,ditambah dengan jaring(pukat) dan joran,,harap perkhemahan nie tiada masalah yang timbul..

3)bukan selalu nak p camping nie bila duk kat sini,,so last year,,nak la skali p ngan membe2 dari segala macam negeri,,rapatkan ukhwah dan tali persahabatan..disamping release tensen,,dengan segala macam kerja sebagai student di ukm nie,,

4)semoga perjalanan dan perancangan yg dirancang mendapat keberkatan dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T...
5)tok membe2 kelas,,ada masa dan ketika dan rezeki,,kita buat plak tok dak2 kelas no,,i'allah..bila lg dah nak abis dah,,hubungan belum tentu terjalin dengan kukuh bila dah semuanya grad,,jalan terbaek buat program cmnie,,simple,,benefit yg berpanjangan..

6)to my frenz,,yg baru ja putus hubungan dengan girlfren ang,,arap bersabar dan redha dengan ketentuannya,,,setiap sesuatu yg dirancang dan berlaku ada hikmahnya,,,hidup perlu diteruskan,,bukan semua yg dirncang akan menjadi,,pasti ada rintangan dan halangannya..
sabar separuh daripada iman..

7)kepada sesiapa yg mau kopi radix dan segala mcm brg keluaran HPA,,boleh hubungi aku,,bersama2lah kita memajukan perniagan umat islam..umat islam sentiasa boleh...

8)master or no master,,masih dalam perancangan,,ada rezki dan peluang i;allah..aku akan lanjutkan pengajian sehingga ke peringkat master..itu masih dalam perancangan...

9)lanjutan,,hishamudin rais,,blog dia mmg best nak bca,,lawatilah blog dia di alamat,,tukar tiub.blogspot.com..pandangan yg dilontarkan mmg tepat dan padat,,

Selasa, 19 Januari 2010

makan durian

salam,,dan selamat utk semua..
ha hari ini dalam sejarah,,setelah sekian lama tak menikmati buah durian,,,
jadi,,tepat jam 9 mlm,,di kolej zaba,,aku dan kawan2,,mkn raja buah..bukan main sedap dan menyelerakan,,hahah..
peyumbang utama,,syakil budak kuala kelawang...tq very much,,,
sebanyak 39biji raja buah yg diimport baik punya dari dusun di kuala kelawang,,negeri sembilan,,
semua yg mkn malam tu,,smpai tak termakan,,akibatnya,,aku pun sakit kepala,banyak sangat makan...kompom pasnie tak mau mkn banyak2,,hahah..
tapi apa yg nak dikatakan di sini,,bukan semua orang makan durian,,kenapa ya??
durian busuk ka???
tak sedap ka??
atau trauma dengan orang yg makan banyak durian sampai maut???
tapi apapun,,,stakat la,,alhamdulillah,,, aku masih mampu utkmenikmati raja buah itu,,amen..
sedap oorr,,sapa tak mkan..rugi,,hahah..


Khamis, 14 Januari 2010

..selamat tinggal PMPP..

salam dan selamat utk semua,,
Alhamdulillah..selesai saja meting tadi,,alamtnya,., kuasa aku sbgai YDP PMPP akan tamat berkuatkuasa pada 25.01.10 nie,,aku akan letak jwtan bersama-sama dengan exco2 yg ada..
alhmdllah,,setelah satu sesi di bawah kuasa aku,,program dpt jugak dibuat,,dan duet utk tabung juga dpt disediakan utk kepentingan ajk2 dan kepimpinan yg akan dtg,,
Tok semua barisan kpmpinan yg akn dtg,,bawaklah PMPP dengan seikhlas dan sebaek mungkin utk kepentingan semua ahli dan anak2 pulau pinang khasnya..

Terasa begitu sayu dan sedih di dalam hati kerana nak meninggalkan PMPP yg aku sayang...
Walaupun tidak segagah perastuan2 yg lain,,nmun aku begtu kagum dan sanjung semangat yg ditunjukkan oleh barisan kepimpinan yg berada di bawah pimpinan aku..
terima kasih utk anda semua kerana memberi komitmen dan kerjasama yg baik,,,

Tiada apa yg nak diharapkan dalam sesebuah persatuan melainkan semngat dan pengalaman yg akan dibawa sampai bila2...
the good teacher is experience..
dan itulah ugkapan yg terbaek yg mampu aku ungkapkan utk semua barisan kepimpinan...

akhir kata,, sekali lagi aku mengucapkan bebanyak trima kasih buat barisan kepimpinan lama yg banyak membantu aku dan memberi semangat utk trus membawa PMPP...
dan utk barisan kpmpinan yg baru,,aku yakin,,anda semua mampu utk menggalas tjwab ini,,dan mampu utk memberi sepenuh komitmen dan seikhlas yg boleh dalam berkhidmat..
salam perpisahan dan selamat tnggal utk PMPP yg aku sayangii//


Ahad, 10 Januari 2010

kolej uniti

salam to all...
kolej uniti??barangkali belum tentu semua masih belum tahu apa kolej uniti..
aku pun tak tau sbnarnya,,setibanya di negeri sembilan baru aku tau mengenai kemunculan kolej nie..
itu pun sebab ada kerja kat sana..kelmarin aku n abg aku p wat wayering kat kolej tu..wayering tok networking bagi kmdahan student2 kat sana,, alhmdllah,,kerja berjalan lancar,,
sepanjang buat kerja tue,,ada la aku memerhatikan dan menyembang dengan stdent kolej uniti nie,,
kolej ni seperti yg diberitahu,, kolej swasta,,,mybe bwah kerajaan negeri..melihat karenah adik2 yg berada si sana,, thniah la,,sbb mau juga sambung belajar walaupun kolej swasta,, berbanding dengan rakan2 yang seangkatan umur dengan mereka..
rata2 yg masuk kolej nie lepasan spm.. kemudahan yg ada di kolej itu,,agak kurang berbanding dengan lain2 kolej..keadaan penginapan yg berada jauh seikit di dalam hutan mmg sesuai tok suasana pelajar.. mungkin lepas nie kemudahan akan ditingkatkan berdasarkan kpd usaha pihak pengurusan..
tapi apapun..tok adik2 yg berada di kolej uniti..usaha trus usaha,,,
ilmu di mana2 pun ada.. bukan kira tempat atau persekitaran....

Rabu, 6 Januari 2010

perlukah begini nasib seorang anak??

salam dan selama malam utk semua,,,
apa yg aku nak kgsikan di sini tiada kena mengena dengan aku,, tetapi nak juga aku luahkan krna beginilah nasib yg menimpa seorang shbt yg bergelar seorang anak perempuan...

1) Si empunya hamba allah ini merupakan seorang anak perempuan sulung kepada seorang bapa. niat murni ingin bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan agar dapat memenuhi keperluan peribadi seperti, memliki lesen, memiliki kenderaan, memiliki sebagainya yang diperlukan. tapi apakan daya, bila tibanya gaji, wang adalah hak ayahnya,, semuanya di ambil dan hanya sedikit sahaja diberikan tok perbelanjaan..

2) Sekali dua mungkin tidak mengapa, namun perkara ini berulang kali setiap kali tiba gajinya.. begitulah juga yang di alami oleh kedua adiknya yg juga perempuan.. kedua2nya bekerja. bekerja di mana, biarlah mereka dan keluarga mereka shja yg mengetahui..setelah tidak dapat menahan perasaan yang ditanggung, si anak cuba menongkah arus dengan menegakkan haknya untuk menggunakan gajinya bagi tujuan peribadi seperti yg aku ckpkan tadi..

3) Apabila perkara ini diluahkan, si bapa apa lgi,, melenting sebab si anak sudah berani menunjukkan belangnya untuk menggunakan wangnya sendiri.. apabila keadaan ini berlaku, wujudlah perselisihan faham dan membawa kepada pergaduhan antra seorang anak dengan bapanya.. di sini adakah anak yg bersalah??semata2 hendak menegakkan haknya terhadap usaha titik peluh setiap bulan bekerja,, mmg tidak dinafikan perlu memberi wang kepada org tua agar mendapat keberkatan atas kerja yg dijalankan.

4) Tapi apa yg berlaku ke atas si pulan ini mmg tidak boleh terjadi... di manakah peranan seorang bapa?? bagi menyara keluarga??bukan mengambil wang anak yg bekerja dengan sewenang2nya.. apabila tidak tahan dengan hal yg berlaku,, si anak lari membawa diri.. siapa yg rugi?? si anak sudah tentu, si bapa pula bagaimana??

5) Si bapa tetap dengan ego seoarang bapa..tetap menyatakan bahwa dirinya adalah betul... bukan aku hendak menyalahkan bapa2,,tetapi bapa yg kurang betul mengenai pemikiran begini adakah boleh diterima?? keadaan begini akan mewujudkan jurang antra seorang anak dengan bapanya yg mrpakan darah dagingnya,, tetapi kalau perkara begini terjadi kepada diri kita bagaimana nak menghaapinya?? apakah tindakan yg benar benar betukl wajar di ambil???

6) Dengan melarikan diri? dengan berbincang?..
seperti yg diungkapkan tadi,,si bapa tetap dengan pendiriannya..
aduh,,kasihan sggh terhadap si pulan ini,,apakan nasib,, gaji sendiri tidak boleh dinikmati sebaliknya semua perlu diberikan kepada si bapa,,sedangkan umur sudah melebihi 20 tahun,,
bagaimana mungkin anak itu dapat survive utk dirinya??
mungkin juga niat bapanya bgus,,tok menyimpan kgunaan di masa depan..
tapi adakh itu yg benar2 berlaku???

7) Aku pun tak tau..tapi apa yg bley aku simpulkan..dan katakan,,
sebagai seorang bapa,,bertimbang rasalah terhadap anak anda,,
berilah peluang kpd anak agar wujudnya persefahaman dan kuatnya kasih sayang..
tunjang utama,,ingat lah ALlah..
dialah yg lebih mengetahui..

Selasa, 5 Januari 2010

Beramal Dengan surah Al-kahfi

Hadith :
Daripada al-Barra r.a katanya : “ Di kala seorang lelaki membaca surah al-Kahfi tiba-tiba ia melihat binatang peliharaannya berlari dan ia melihat bagaikan sekumpulan mega atau awan lalu ia datang menemui Rasulullah SAW dan menyebutkan mengenainya kepada Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW bersabda : “ Itu adalah as-Sakinah (ketenangan) yang turun bersama al-Quran atau turun di atas al-Quran.”
al-Bukhari, Muslim dan at-Tirmidzi

Huraian
Dalam surat al-Kahfi, diceritakan tentang kisah Ashaabul Kahfi, (pemuda-pemuda beriman), kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir a.s serta kisah DZulkarnain dan Ya'juj dan Ma'juj. Dalam beberapa hadith, Rasulullah SAW menggalakkan kita agar membaca dan menghafal surah ini kerana dengan membacanya dapat menghindarkan diri dari fitnah (musibah). Di dalam surah al-Kahfi ini terkandung isyarat penting mengenai Hari Akhirat, seperti mana yang dipelajari daripada kisah-kisah yang dipaparkan iaitu pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal dalam sebuah masyarakat yang kufur kepada Allah SWT, Nabi Musa a.s yang banyak belajar daripada Khidr dan tentang sebuah pemerintahan dalam kisah Dzulkarnain yang kesimpulannya dapat memberikan kita pengertian tentang nilai-nilai keimanan yang sebenar. Semua ini perlu direnungkan oleh seluruh umat Islam kerana apabila surat ini dibaca secara keseluruhannya akan tergambar kepada kita tentang perkaitannya dengan realiti semasa yang melalui yang tahap-tahap yang berbeza iaitu permulaan, perkembangan, dan berakhirnya dunia ini dengan kedatangan nabi Isa a.s sebelum kemunculan Hari kiamat.


:sumber daripada hadith harian JAKIM.

tahun baru...

salam,,,selamat tahun baru,,2010..
agak lmbat nak wish sbb aku byk kerja yg perlu diuruskan,,
takpa..tu bukan mslah,,apapun,,tahun semakin meningkat,,umur semakin meningkat,,adui,,
dah 23 dah aku kalu ikut tahun.....

ehm,,aku sebenarnya tak berapa suka bila org kata,,tahun baru azam kena baru,,
sebenarnya,,tak tahun baru pun bley azam what...nak azam,,anytime bley azam,,
bila dah azam jalan,,selesai mslah..tak payah kalut2 no,,,

aku baru tiba dari penang,,dah 3 mggu nie,,stiap ujg mggu aku blik,,wuahahah,,
bukan saja2,,tapi ada kerja,,,

bila smpai penang,,bus rapid semakin gagah ke sana sini jalankan opeasi amek pengguna sekitar sbrg prai hinggalah ke penang sana,,apapun tahniah atas perubahan ini,,org dah semakin suka nek rapid,,sebab masa tepat,,mesra pengguna,,seawal jam 5.45 bas dah mulakan operasi,,

berbalik kepada prkhidmatan bas yg telah lama,,cthnya utc,, rangkaian setia.walaupun bas dah uzur namun masih setia tok beroperasi,,tahniah juga,,,tapi apa yg agak aku kurang senang dengan syrkt bus ni ialah ketepatan masa,,, mmg cukup tensen nak tggu bas yg berjam2 lamanya,,aduiya,,,kalau bley,biar bas lama takpa,,tapi perkhidmatan tip top..baru senang ati,,,

ok,,tu pasal bas,,
skrg pasal masa juga,,,
walaupun aku agak tensen menunggu tapi tak pa la..lupakanlah,,
ehm,,penantian suatu penyiksaan,,mmg tepat dan betul ayat tu,,
mcm tu la aku kena,,farid jgn marah no..heheh..
dari jam 3 bawa ke jam 4,,jam 4 bawa ke 5,,last2 tak dak apa..
aduiya,,

kalu sapa pun jadi cam aku kelmarin,,bley gila,,,
sebab dok tggu pya tggu last coklat angin,,,
jd sebagai peringatan tok member2 sekampung dan seangkatan..
kalu nak berjanji dengan payid,,jgan janji di siang hari,,
adlah lebih baik janji di kala malamhari,,kompom janji masa ditepati...
heheh...

apapun,,terima kasih buat dins dan payid atas usaha anda untuk membantu aku memperbaiki aku pya dekstop...walau pelbagai rintangan dan dugaan akhirnya selesai juga,,,,,amenn