Isnin, 30 Mac 2009

TerbanGun Dari LamunaNan.....

assalamualaikum,,, sori tok prof zaharani,,takdan nak update blog,,coz cbuk ngan byak kerja yang bersusun,,alhmdllah mlm nie dpat gak mncuri masa terluang untuk menjengah blog,,sesuai dgn tjuk terbangun dari lamunan..dah lama benar sy rasa tak update blog nie,,
jadi pada luangan nie dpt sy nak berkongsi sdkit pengalaman selama tak mengupdate blog...
bukan apa..bersusun jadual dengan ament lagi,,tggal 2 g ja..lapang ckit hati...ha selama sy tak update nie,,byk gak la aktvti yang dilakukan,,join karnvl kerjaya pada 21 & 22 mac lepas,,sebagai urusetia di bwah abg HaikaL (pjbt Hubungan Industri).., byk juga la ilmu yang dpt walaupun sebagai urusetia ja,, kebolehpasaran pelajar ukm,,jd ke mana hala tuju para mahasiswa selepas belajar,,dpat kerja ker?? semoga sentiasa ada rezki,,usaha+doa+keberkatan=kejayaan(i'allah)...tapi yang sedihnya tak ramai pun yang join krnval tu,,mgkin masing2 cbuk dengan kerja lain yang lebih penting...
selepas bis ja program tu,,sy agak sbuk dengan pgrusan tok program Sanjungan Kasih 2009 anjran PMPP(persatuan Mahasiswa Pulau Pinang) semoga berjaya dengan lancarnya..
program itu merupakan lanjutan daripada program GDW yang diadakan di kg Besar tasek gelugor Pulau Piang..ibu bapa pula akan bermalam kat UKM nie,,bersama anak2 angkat..sama2lah memeriahkan lagi program tu...selepas tu pada 25&26 mac,,saya menghadiri Perhimpunan Agung UMNO di PWTC..amik pengalaman dan melihat secara dekat karenah pemimpin negara..seronok juga,,leh tgk semua pemimpin negara dengan dekat,,,org mmg ramai gila,,tapi yang sedihnya Mukhriz kalah sebagai Ketua Pemuda,,menang dekat KJ,,,ehmmmmmmm..no komen...kita tgok la pula barisan kepimpinan UMNO yang baru,,adakah mereka dapat memulihkan kembali semangat melayu seperti dahulu kala..atau sebaliknya..sama2lah kita berdoa agar UMNO berjaya mengemudi malaysia dengan baik...hapuskan politik wang..tahniah kepada TUn mahathir kerana hadir pada hari terakhir persidangan tersebut,,,,TUN MAHATHIR tetap hebat,,susah nak dapat pemimpin seperti beliau,,,ehmm,,ari jumaat, sabtu dan ahad,,sy blik p.dickson umah abg,,sj tenangkan fikiran dari memikirkan seketika bebanan kerja yang banyak..blik ja sampai kat ukm jam 7.00 petang td,,terus teringat akan ament yang nak kn antr besok pagi,,jadi sy trus pergi ke zaba,,bertapa di blik nan,,wat kerja dengan syakil dan ehsan,,hahah,siap jugak la,,penat dok melepak ja byak,,tp syabas sume member2 sy yang bertungkus lumus tok menyiapkan web pages tersebut,,termasukla lie pandir yang tlg amik gmbar..TQ weh,,,kat bwah nie da la gmbar kami dok posing tok masuk lam web,,,dalam dok nak siapkan web tu,,terpikirlah sy akan istilah adk angkat,,kak angkat,,abg angkat,, Apa semua nie??????tak cukup dengan abg dan kakak yang ada??nak lagi angkat2???pa yang dapat dari semua nie??pa kelebihan??adakah sekadar istilah angkat atau lebih dari itu??tlg bagi pandangan sikit,,cukupla coretan tok mlm nie,,nantikan sambungan berkenaan dengan istilah ANGKAT dalam perhubungan,,,sy tensen btol....sekian

TeaM,,,,oldskool guitar,,,, San (drumer),,Nan (Vokalis),,KyiLL (Gitaris 1),,Doe (Gitaris 2),,


SAN, KYILL, NAN, DOE

Rabu, 18 Mac 2009

bosannyer

ha,,lega den,,setengah keja da stlle..da g dua tiga ,,i"allah dan la stle nnt2..ehm bosan taktau nak wat apa,,,ha tok pgtahuan sume,,nnt dtg lah ke kempen talasemia lak,,senior kos aku nak wat..kat dtran 3b3oi gak,,taktau lah apanya talasemia tu,,aku pun taktahu,,ha to ekin yang chubby,,suka ati ja letak nama aku erk,,kor tggu..ok.....bosan,,

Selasa, 17 Mac 2009

semak & pendrive

nie dia pendrive yang aku dapat,,cun ka,,


hah tu dia,,memang semak,,dalam proses pembikinan mouse tok gimik perasmian


ha post kali ini didatangkan khas dari balkoni bilik saya..tok saudari kangar ke kota london,,jgn komen lebih2 ya,,saya ngah cbuk dok tlg senior wat projek kempen...
sy dapat pendrive time soklan kuiz,,hhehee,,jwb n amik ja pendrive,,.. post sy kali ini adalh berkenaan dengan kempen yang dijalankan oleh pelajar tahun tiga komunikasi dan dasar awam,,cbuk sggh,,tok sume ajk kempen tu,,tahniah,,walaupun ada masalah,,kempen tetap jadi n brjaya,,cayok2,,,ketua pngrah mmg best..(abang amid) yang sempoi gitu,,hehehe,,kasut k.pgrah agak mnyerlah pada hari kempen,.,sy pun taktau apa yang ada pada kasut tu,,nmpak len sangat..ha kat sy jgak gumbira,,ramai gak cosmate yang turut serta dalam aktiviti yang djalankan dalam kempen tu,,jadi hasil dia,,conne dapat keyboard, almas dpt mouse (walau kecik kn bersyukur,,) wanie dapat mouse jgak,,,dan helmi dapat pendrive,,
bgus2 walau agak cbuk dengan kelas,,dpt juga luang masa,,ha berkenaan dengan tajuk di atas,,mmg semak la blik saya 2 mlm sblm siap bapak tetikus tu,,hehehee,,ygk la gmbar kat atas tu,,bersepah ngan polistren,,tp takpa,,k.pgrah kn igat,,blik 407 da smbangan jgak tau...
ok la..tok kangar ke kota london,,truskan usaha murni anda dalam memantapkan lagi golongan2 blogger,,,sekian,,,,,

Ahad, 15 Mac 2009

"""iDEa""??

sabtu...jam 8 pagi,,dah siap bergaya aku,,nak mghadiri bggkel pa pmntapn organisasi kat danau...kan nak cita sai bgkel tu..bosan seh..kalu korang pergi dapat byk ilmu gak..bgus2 PPP..buat la byk lagi,,bagi ilmu tu bertebaran kepada semua pelajar ukm..heheh
ha disini aku nak cta kit,,ngah dok menggelabah dgaq cramah tu..tiba2 fkran mlyang2 terpikirkan dak2 kelas aku,,public policy(dasar Awam)...kan apa..aku agk besmgat nak mnubuhkan satu persatuan bagi dasar awam,,tok memudahkan kami nak bergerak,,wat kempen ka,,khdmat msyrkt ka,,,pa2 sj yg bley meggmbrakan kami sume,,,lagipun bila da persatuan hbngn yang da leh smpai bila2,,tak gitu...dek memikirkan sal itu,,ada la cosmate aku,,sapa lagi kalu bukan adik ecah,,abg amid,,huhuhuh,,jgn marah ya abg amid ya,,sayang abg amid,,mwahhh..ha kalu ngan dia mmg bsmgt la lagi,,terkobar2 aku bila mdgar hujah2 yang dikeluaran oleh minah tu,,bgus tu,,hehehe...jadi aku akn gunakan idea nie tok meuar-uarkan kepada dak2 kelas aku,,kalu stuju,,leh tubuh,,,pandai2 la nak idup...

Jumaat, 13 Mac 2009

sepetang jumaat

salam,,adus,,kesibukan yang menguasai diri aku teramat pedih,,huhuhuh,
ayat tak leh blah,,bukan apa beb,,mmg sbuk,,cmna aku nak pikir nak cari duit tok wat program,,poning den,.,,sesapa yang berminat t join la program anak penang..tunggu kemunculan program,,,
semalam punya crita mmg best,,
bagai nak rak dok gelak kat bilik,,mcm2 yang digosipkan,,ada maple,,ada lipan,,ada lawyer,,ada mamat vespa..memg gempaq gak blik aku..dasyatt toi team nie kalu bergosip,,hahaa..
takddak kaitan dengan sesapa,,kami2 ja,,
aku agak bengan ngan minah dari kangar ke london,,tggu ang,,da ptt shoot gmbr aku ngah tdo kat blik kuliah,,dia tak tau btapa pnatnya aku,,huhuhu..pblish lak tu,,
na aku nak letak air muka aku,,ngeheheh,,geram beb..tggu nak kn pncg ja,,,,
satu lagi apa kes,,len pya blik len pya pgrsan nak ambil peduli,,tentu angpa semua tak pham,,
biarkan,,yang tau saaja akan merasai,,sesuka ati depa ja nak mai ubah2 lak,,walaupun akuu takdak apa2,,tapi sbgai ahli,,agk panas jgak la,,..napa nak membazir,,boley pakai..guna ja la,,ngah2 ekonomi meleset nie,,bajet la weiiiiiii...leh guna tok benda len yang berfaedah lagi,,tok mamat vespa..jgn emosi k,,walaupun tak jadi ketua pgrah,,hahah..

Khamis, 12 Mac 2009

kajai diner

assalamualaikum..
bertemu kembali di ruangan ini,, tak bnyak yang saya nak ckap..tak penting juga,, tak mcm sahabat blogger saya yang lain,,banyak mengeluarkan idea-idea yang bernas,,sedap mata membaca lagi sedap kepala memikir..apapun,,dapat saya cangkirkan sedikit luahan atau pun nukilan untuk malam ini,,
bukan apa,ament banyak sangat.. MR.CPK pya da dekat kelabu mata dok coding,,
gila beb 857 komen aku nak kn bc,,
ntah apa2 komen taktau la,,isu kontrak sosial,,hangat gak..tapi takpa,,markah pya pasai..aku kn siapkan jga,,
jadi berbalik kepada tajuk yang aku tulis tu,,
diner kajai makan mmg sempoi la,,ala-ala western gitu.. brpa harga depa tibai kat student taktau la plak.
yang tak puas ati nya di sini,,time mkn dok pggl dina wat psmbhan xley blah lgsg..terpekik terlolong.,..
ganggu org nak mkn la weh geng medik kajai..
ubh ckit la tok ms hdpan kalu wat dner..
letak lagu yang slow ckp la,,baru lyannak mkan,,nie ntah apa2..
satu lagi bangga jugak la member aku dak penang merangkap timb.bendahari PMPP dapat anugrah atlet terbaik..walaupun penang tu ckit ja stdent dia,,tapi kualiti yang kita mau,,hahaha...ha kat bwah niee da la gmbar dner,,usha la k..
tok medik kajai tlg la wat perubahan pd ms akn dtg,,,
trmasuk la jgak sapa2 yang nak wat dner,,,

Selasa, 10 Mac 2009

Kemaruk ubat kuat




Lelaki Malaysia tidak sedar bahana ubat kuat

"GAGAH, besar dan perkasa. Sekali kena, mesti nak lagi." Ini bukanlah iklan bangunan mercu tanda, projek bernilai berjuta-juta ringgit atau makanan kesihatan sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat atau produk perangsang tenaga batin bagi lelaki.

Ubat yang sebaliknya menjerat dan mengundang padah lebih besar - semakin ramai lelaki negara ini kemaruk ubat kuat, seperti diakui pakar perubatan.


Katakan saja di mana, baik di kaki lima, di muka pintu, di corong radio, televisyen, warung kopi di kampung, pasar gelap serta di internet, semuanya sudah mampu dibolosi iklan produk seperti pil, kapsul, minuman didakwa mengandungi Tongkat Ali, serbuk, minyak sapu dan krim. Iklan dari mulut ke mulut pula lazimnya membabitkan rawatan tradisional seperti urut, susuk dan memasukkan bebola besi pada kulit zakar itu atas alasan menjadikannya kuat.

Ketika kita tersenyum lebar mendengar iklan kopi yang namanya menggambarkan kejantanan, tidak ramai yang menyedari padah akibat 'penaklukan' ubat kuat yang berlambak di pasaran ini. Padah yang menunjukkan semakin ramai lelaki termasuk intelektual serta yang masih bergelar penuntut universiti sanggup berbelanja bagi memastikan kekuatan tenaga batin biarpun ada produk yang berisiko menjejaskan kesihatan, termasuk menyebabkan mereka mengalami mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED).

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008.

SEBAHAGIAN produk atau ubat kuat yang dirampas pihak berkuasa. Kawasan kaki lima turut jadi tumpuan peniaga produk ini.

Malah, ini menjadi antara faktor semakin banyak syarikat pengeluar makanan dan minuman berlumba-lumba menghasilkan produk didakwa mengandungi herba penguat tenaga batin itu selain kebanjiran produk dari India, Indonesia dan China termasuk yang diharamkan.

Namun, sejurus diharamkan, sepantas kilat ia dengan mudahnya dijual di pasaran gelap menerusi ejen atau 'kaki' yang tanpa segan silu mengiklankannya menerusi internet. Pengaruh ubat kuat ini bukan lagi soal tepuk dada tanya selera, tetapi sebegitu mudah diperoleh menerusi sentuhan di hujung jari mendail nombor telefon terpampang di kaki lima hinggalah di internet.

Selamat atau tidak produk itu, haram atau halal, mahal atau murah serta sakit atau tidak kaedahnya bukan lagi keutamaan lelaki ini yang mengutamakan nafsu daripada segala-galanya.

Persoalannya, mengapakah lelaki tempatan sebegitu kemaruk dengan produk ini? Pakar Perubatan Sakit Tuan, Dr Ismail Tambi, mengakui sikap kemaruk itu bukan saja dihidapi mereka sudah berusia yang lebih sinonim dengan masalah mati pucuk, sebaliknya lebih membimbangkan apabila ia turut membabitkan lelaki muda, termasuk remaja.

HERBA tradisional didakwa boleh menguatkan tenaga batin.

"Semakin ramai lelaki sebegitu kemaruk dengan apa saja produk penguat tenaga batin. Inilah hakikat berdasarkan pengalaman saya sejak bertahun-tahun lamanya mengendalikan kes ini yang bukannya semakin berkurangan tetapi meningkat.

"Mereka ini sanggup berbuat apa saja demi kepuasan diri. Hubungan kelamin bukan lagi rahsia suami isteri, sebaliknya menjadi lambang kebanggaan kekuatan atau kuasa si lelaki. Ini diburukkan lagi dengan kegiatan seks rambang pasangan belum berkahwin dan turut berlumba-lumba mendapatkan produk ini," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Apa menyedihkan, kata Dr Ismail, beliau merawat pesakit yang pada akhirnya berdepan masalah mati pucuk akibat tindakan mengambil produk ubat kuat ini.

"Produk ini pula ada yang bukannya buatan tempatan, sebaliknya dibawa masuk dari negara jiran. Produk diharamkan di Indonesia, China dan India ini turut mendapat sambutan hangat di pasaran tempatan. Malah, saya sendiri terpaksa membuat laporan polis apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama saya untuk mengiktiraf produk tertentu."

Dr Ismail berkata, beliau tidak segan mendedahkan masalah ini kerana menyedari tanggungjawabnya menyampaikan bahaya akibat pengambilan ubat kuat ini.

"Mereka mengambilnya tanpa mengira risiko kesihatan. Saya yakin tidak ramai menyedari bahana pengambilan produk ini. Anak muda yang mengambilnya boleh berdepan risiko mati pucuk walaupun pada usia 20-an. Malah ada satu kes itu, mangsa mengalami ereksi selama dua hari dan selepas itu alat sulitnya tidak berfungsi langsung. Bayangkan apa akan jadi pada generasi kita yang berdepan masalah seperti kesukaran mendapat anak akibat tindak tanduk sendiri."

Katanya, tidak kurang yang sanggup menderita apabila memilih memasukkan bebola besi yang menyakitkan ke dalam kulit zakar lelaki.

"Bagi mereka, kekuatan tenaga batin menjadi kunci kebahagiaan. Kaedah tradisional seperti susuk dan bebola besi ini memang menyakitkan bukan saja kepada lelaki itu tetapi isterinya juga. Tetapi beliau tidak peduli kerana apa yang penting, nafsu dirinya diutamakan.

"Banyak kes yang dirujuk kepada saya membabitkan masalah yang mana kulit zakar lelaki itu rosak. Sakit memang sakit, tetapi lelaki jenis ini sanggup menderita. Ini yang menyedihkan kita," katanya.

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah, menyalahkan sikap pengguna yang terlalu mengutamakan produk penguat tenaga batin ini sebagai punca barangan itu berlambak di pasaran.

"Ramai pengguna tidak sedar mereka sebenarnya terpedaya dengan pelbagai dakwaan palsu syarikat pengeluar produk herba dan ubat kuat yang mahu melariskan jualan mereka. Berapa ramaikah pengguna bertanyakan apakah produk itu benar-benar mengandungi bahan Tongkat Ali dan Kacip Fatimah seperti diakui pada label produk itu?

"Apakah produk dan syarikat itu boleh dipercayai dan benarkah ia mampu memberi hasil seperti didakwa? Jawapannya, tiada siapa pun boleh memberi jaminan keaslian mahu pun kemujaraban produk itu. Akhirnya, pengguna menjadi mangsa ketika pengeluar mencatat keuntungan berlipat ganda di atas produk yang tidak mengandungi sebarang keajaiban itu," katanya.

Shaani yang berpengalaman luas dalam bidang penghasilan produk herba sebelum menyertai Fomca berkata, berdasarkan pengalamannya sendiri, tidak banyak produk di pasaran yang mengandungi bahan didakwa penguat tenaga batin itu.

"Permintaan terhadap Tongkat Ali memang besar. Tetapi pengeluarannya dalam negara ini juga amat terhad dan tidak mungkin dapat memenuhi permintaan tinggi. Berikutan itu, tidak mungkin ada syarikat yang boleh mencampurkan kandungan tinggi Tongkat Ali dalam produk mereka. Saya berani jamin," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya peka dan mengutamakan hak sebagai pengguna apabila membuat pilihan bagi mana-mana produk, terutama yang membabitkan makanan.

Tiada kajian saintifik kandungan herba kuat

SEJAUH manakah produk ubat kuat ini benar-benar mengandungi bahan perangsang seks seperti herba popular Tongkat Ali?

Hakikat ini sukar dibuktikan berikutan tiada satu kajian saintifik yang benar-benar menyeluruh mengenai kebenaran dakwaan itu atau pun kaedah penyediaan serta cara ekstrak bahan itu diperoleh.

Mengikut kajian saintifik, setiap pengambilan kopi didakwa mengandungi Tongkat Ali perlu mengandungi sekurang-kurangnya 1 mg ekstrak herba itu dan daripada kandungan itu, hanya lima peratus ekstrak dapat diserap oleh badan.

Namun, kenyataan dua institusi penyelidikan tempatan sebelum ini sedikit sebanyak boleh memberi gambaran persoalan ini.

Kajian Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) membabitkan 10 jenama kopi Tongkat Ali popular di pasaran pada 2007, mendapati tujuh daripadanya mengandungi hanya 0.25 peratus hingga 1.6 peratus ekstrak herba itu yang didakwa tidak cukup untuk memberi manfaat kesihatan atau faedah seperti digembar gemburkan.

Penyelidikan itu mendapati kandungan bahan aktif herba itu di dalam minuman berkenaan pula hanya antara 0.0039 peratus hingga 0.0246 peratus atau 7.8 nanogram (ng) hingga 49.3ng, jauh daripada paras yang dapat memberi manfaat kesihatan.

Manusia normal yang berhasrat memperoleh khasiat herba itu perlu mengambil sekurang-kurangnya satu miligram (mg) bahan aktif Tongkat Ali bagi setiap kilogram (kg) berat badannya atau tidak lebih 3 mg bagi setiap kg berat badan, sehari. Atau lebih tepat lagi, individu yang mempunyai berat badan 80kg memerlukan minimum 80 mg ekstrak herba itu sehari jika mahu memperoleh faedah herba itu.

Satu lagi kenyataan memetik institusi penyelidikan, Loji Pandu Kejuruteraan Kimia (CEPP) Universiti Teknologi Malaysia yang mendakwa pengambilan kopi kuat yang mengandungi kurang 0.05 mg bahan aktif Tongkat Ali atau Kacip Fatimah, tidak mendatangkan kesan dari sudut kesihatan.

Malah jika benar mengandungi ekstrak Tongkat Ali, kopi yang diminum berasa pahit. Ada yang meminumnya mengakui lebih bertenaga tanpa menyedari ia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam paket dan boleh mendedahkan mereka kepada masalah kesihatan lain seperti kencing manis jika diambil berterusan dalam tempoh beberapa tahun.

INFO: Ubat kuat

  • Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008. Selain Viagra, ubat perangsang seks paling laris adalah Cialis dan Levitra.

  • Bagi tempoh Januari hingga Jun tahun lalu, RM1.4 juta ubat perangsang seks berjaya dirampas dan Selangor mencatat nilai rampasan tertinggi iaitu RM1.1 juta.

  • Sekurang-kurangnya 90 ubat tradisional penguat tenaga lelaki dan wanita, makanan tambahan dan kosmetik keluaran syarikat di Indonesia dilabelkan kerajaan negara itu tidak selamat.

  • Antara kes padah ubat kuat termasuk seorang lelaki Singapura maut akibat pengambilan ubat kuat 'Urat Madu' ketika melanggan pelacur di Batam, awal tahun ini. Pada 2007, tiga lelaki dari Pulau Pinang yang membeli ubat kononnya dihasilkan daripada zakar buaya di Chow Kit pada harga RM50 bagi 20 kapsul. Seorang daripada mangsa mendakwa mengalami kebas dan kejang badan selepas memakan dua kapsul sebelum melakukan hubungan intim dengan isterinya. Alat kelaminnya juga gagal berfungsi menyebabkannya terpaksa merujuk nasihat pakar. Seorang lagi terpaksa dirawat di hospital selama dua hari selepas memakan ubat itu

Oleh Nurul Adlina Kamaludin
adlina@bharian.com.my


Isnin, 9 Mac 2009

hari ini dalam sejarah

assalamualaikum,,
bersyukur ke hadrat ilahi kerana dipanjangkan umur dan dmurahkan rezeki,,
untuk pengetahuan semua,,
hari ini,bermulanya saat ini,,saya pertama kali dapat membuat blog sy sendiri..
alhamdulillah,,dengan adanya blog ini mungkin kita semua dapat memberi pendapat dan pandangan berkenaan apa-apa isu shj...sebarang kritikan membina amtlah dialu-alukan dalam membina pemikiran kritis sebagai seorang hamba Allah yang menumpang di atas muka buminya,,SUBHANALLAH,,
sekian...dimaklumkan,,
assalamualaikum,,

journey with my family

bermula dari ukm,,hari jumaat jam 6 petang,,aku bertolak ke rumah abg aku kat port dickson,,
transit kat ci tu,,
tggu mak ngan abg chaq aku,,,..tiba ja,,sume kepenatan,,biasa lah,,mai dari penang.. lepak2 sembang sampai ke malam,,tdo..bangun ja pagi sabtu,,sume bersiap nak bergegas ke kuala pilah..nak berkelah kat umah kakak aku kat matrikulasi kuala pilah..
dalam perjalanan singgah beli buah naga(fresh gi tu)....+ petai ngan madu lebah..
tak guna pya penjuai madu tu,..
penipu,,bukan ori pya madu,,tipu pya,,
jwb la t..3 biji keta konvoi,,jam 2 ptg sampai kat pilah,,lmbat ckit sbb jalan jem kat bukit putus,,tnh runtuh..aduhhh..bosan tui..
makan lah kami sume kat cna,piza+sambal petai+buah naga+mee goreng..
mriah la jgak kat cna,,
ptg menjelang..sume pulang..aku stay kat p.dickson,mak g cheras,,lepak umah adik ipaq abg chaq,,
pagi ahad,,jam 8.00pg..aku kuaq dari p.dickson..bgrak nak p ampang,,kndri umah p.cik,,sepupu aku(k.long) kahwen..
sampai ja..kan men ramai g ngan adik badik,,lang,m.chaq,p.cik.sume da,,
tak larat nak melayan,,keja aku just bwak kamera,,rakam n tgkap gmbar..
paparazi beb,,hehhe..
petang blik g umah pakjang mie,,kat bangi..dekat ja ngan ukm,,hahha,,
umah bapak besar gla..keta sampai 5 bji,,dasyat toi penangan bekas pilot..huhuh..
i'allah aku jd cam tu lak,
hehhe
doa2 la kan,,mkn sume sx,,mai lepak kat msjid ukm tggu tokngah aku lak,,
kami nak g umah dia kat nilai..on da way da excdent lak sblm sampai bangi..teruk gak,,
tibanya malam,,geng2 ibu nak g nilai 3 nak membeli belah...penat glerrrr...
dah bis shopping,gerak blik ker p.dickson..tdo sana..
ari isnin mak ngan abg chaq nak blik penang,,aku blik ukm,,
tp sblm tu kami p pkena cendol leman dawi,,baru ja msuk majalah 3..
hahah mkan smpai puas,,tak larat nak tmbah beb..hanya rm1.50 ja smbkuk,,pastu tambah la sampai muntah,,..
bis ja,,aku trus gerak p seremban,,nek komuter blik ukm,,mak blik penang..
mmg penat..ament tak buat lagi,,
pengalaman penting,,jauh perjalanan indah pemandangan,.,
kalu nak test makan cendol,,jom,,
aku bwak,,line clear pya,..
huhuhu//