Rabu, 29 Julai 2009

....Ke Jinjang Pelamin Jua...

Selamat Pengantin Baru,,,,,
itulah ungkapan keramat yang biasa kita dengari,,dan untuk itu juga aku inginJustify Full mengucapkan selamat pengantin baru buat Rohela binti Hassan Nordin dan pasangannya Mohd Hafiz yang telah selamat diijab kabulkan di Masjid kg Charok Beras, Kuala Ketil Kedah.. semoga berkekalan hingga ke anak cucu..

Walaupun dua kali nek pelamin kak ela aku tetap cun jgak,,huhuhu...
tanggal 25 julai 2009 bersamaan dengan ari sabtu berlangsungnya majlis kenduri yang ringkas tapi memenuhi semua keperluan yang dicadangkan seperti dalam mesyuarat..

Berlaukkan gulai daging rias pisang, ikan kering, nenas goreng, kerabu pucuk paku dan air sirap & asam,, memang amat menyelerakan buat semua jemputan yang hadir,, bukan senang nak jumpa masakan kampung dalam zaman sekarang niee,, rata2 kenduri lauk ayam, daging, dan lain2 yang biasa saja,,sekali kena masakan kampung,, perghhhh terliur habis,,heheh..

Kepada seseiapa yang tak dijemput maaf dipinta,, hal ini kerana kenduri yang dibuat hanyalah kenduri kecil,,nak bagi selesai,,

Buat tatapan kak ela,,gambar tak dapat nak di publishkan disebabkan masalah teknikal., i"allah kehadapan mungkin dapat disiarkan...

Sekali lagi aku memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana majlis yang dirancang berjalan hendaknya tanpa sebarang masalah.... terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang turut menjayakan majlis ini,,, alhamdulillah ya allah... ameeeeeen...

Rabu, 15 Julai 2009

Alhamdulillah,,,segala penyusunan jadual dan tutor selesai sudah,,semoga sesi kali ini berjalan lancar seperti sesi2 yang lepas..

Apa yang nak dikatakan di sini,, kerja yang aku nak kn wat semakin bertambah,,mau tidaknya,,nk kena handle khidmat komuniti yang merupakan latihan amali dalaman,,kepada semua ajk pelaksana,,sama2 lah kita berusaha agar program yang kita nak wat menjadi,,begitu juga kepada kumpulan advokasi,,gud luck,,

Begitu juga dengan xco-xco PMPP, kekalkan prestasi truskan usaha dalam memperjuangkan persatuan supaya berjalan dan dapat menarik dengan lebih ramai lagi junior untuk join persatuan kita...untuk pengetahuan semua,,,sem nie agak sibuk dengan aktiviti yang telah dirancang pada mesyuarat yang lepas,,hope apa yang dirancang dapat dilaksanakan.

Ehm,,rasanya masih belum terlambat untuk aku memaklumkan kepada semua bahawa genap 12 julai yang lepas,,umur aku 22 tahun,,telah menganjak dewasa dan semakin hampir dengan dunia realiti yang akan aku tempuh tidak lama lagi setelah tamat pengajian pada tahun 2010..i'allah..

Dalam kesunyian di kamar sendiri, terkenang aku kepada wajah perempuan puaka yang tinggal di kampung aku,,bukan wajah yang seram tetapi disebalik wajah tu yang menyeramkan,,penuh dengan perasaan yang tidak dapat menerima kelebihan orang lain,,al kisah bermula awal 2000 apabila suami kepada seorang ibu tunggal(sekarang) berpindah ke kampung halaman orang tuanya bagi menjaga kedua orang tuanya yang telah menjangkau usia warga emas.. sebelum kepulangan ibu tunggal tersebut, kedua orang tuanya dijaga dan diambil berat oleh perempuan puaka ini.. apabila ibu tunggal ini pulang, beliaulah yang menjaga sepenuhnya segala kehidupan orang tuanya,, nak dijadikan cerita, ibu tunggal tersebut mempunyai 7 orang anak. 2 perempuan dan 5 lelaki..pada masa itu yang tinggal sebumbung dengan beliau ialah dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Yang selebihnya telah bekerja dan seorang lagi anak perempuan sambung pengajian di ipta.. disebabkan hubungan yang terjalin antara ibu tunggal ini dengan perempuan itu amat rapat apa sahaja yang dikatakan oleh perempuan itu amat berkuasa kerana mampu mempengaruhi keputusan ibu tunggal tersebut. begitulah kuatnya penangan perempuan puaka ini,, ntah apa yang digunakan wallah hualam..hanya dia sendiri yang tahu.. selang beberapa tahun kemudian,, kedua orang tua ibu tunggal ini kembali ke rahmatullah..(al-fatihah).. selapas sahaja meninggal, hasrat di hati perempuan puaka ini mula diluahkan di mana dia telah menyuarakan untuk meminang anak perempuan ibu tunggal itu yang ketika itu berumur 23 tahun untuk dijodohkan dengan anak lelaki tunggalnya.. apa yang menghairankan,,tiada bantahan dilakukan oleh ibu tunggal sebaliknya menerima dengan hati terbuka tanpa ada sebarang syak wasangka..

Namun begitu, tuhan maha adil,, seperti yang telah dinyatakan didalam kitabnya (Al-Quran) dalam surah annur,,dalam ayatnya Allah berfirman bahawa perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik..begitulah sebaliknya...maka genap setahun lebih usia perkahwinan anaknya itu,, segala apa yang berlaku terbongkar sedikit demi sedikit. bermula dengan penemuan jarum untuk mengambil dadah sehinggalah kepada kehilangan wang ringgit dan harta benda di rumah ibu tunggal tersebut.,,apa yang menyedihkan pada ketika semua ini diketahui, si isteri yang merupakan anak kepada ibu tunggal itu sedang mengandungkan anak kepada lelaki(anak perempuan puaka) itu.. setelah kata sepakat dicapai.. selepas sahaja bersalin,, tuntutan cerai dilakukan,,memang patut kerana tidak berguna hendak menyimpan lelaki yang tidak sedar diri dan tidak tahu tanggungjawab sebagai seorang lelaki...

sampai disini dahulu,,nantikan sambungan kisah perempuan puaka pada masa akan datang. i'allah,,

Jumaat, 10 Julai 2009

penatnya

salam,,
kepenatan melanda jiwa seketika akibat kekalutan yang berlaku kebelakangan ini,,,
aku tiada kesempatan untuk mengupdate blog aku,,, bermacam2 kerja hendak diselesaikan..
dan pada malam ini selesai sudah kerja2 yang telah termetrai dalam hidupku buat seketika,,
bermulanya pada saat ini aku telah berada di tahun tiga yang merupakan tahun akhir di ukm,,
semoga apa yang akan aku tempuh pada tahun akhir akan berjaya,,
jadila setakat ini untuk malam ini,,
mood tak dak nak menulis,,
i'allah nnti ada benda yang hendak aku luahkan pada diari maya ini,,
sekian