Khamis, 27 Ogos 2009

hahah..first time,


Hahah,,,
first time aku masuk konti,,
tak kisah la w'pun konti radio midas mention,,
apa yang penting,,tetap on air..
hahah...
tima kasih buat krew midas kerana
sudi jemput aku tok slot teruna VS dara...
best gak berdebat ngan dara (emi)..
tak tau sapa yang menang...
yang penting..
pengalaman pertama kali,,heehee.




..Dah 5 Ramadhan..

Salam ramadhan untuk semua umat islam...
Alhamdulillah,,, sudah 5 hari umat islam menempuh ramadhan yang penuh berkat...
Walaupun aku jauh di perantauan dan juga jauh di sisi keluarga terutamanya,.. aku tetap tempuh dengan penuh tabah dan sabar bersama rakan-rakan seperjuangan...
Rutin harian bagi ramadhan kali ini agak padat... mana tidaknya,,, asgment yang perlu disiapkan begitu banyak dan mesti disiapkan sebelum balik raya.. aduilaaaa.

Alhamdulillah,, walaupun sibuk,, kesempatan untuk bertaraweh tidak ditinggalkan.. samada di masjid ukm ataupun surau kolej,,, aku dan myfren tetap juga p.. bukan senang,,setahun sekali,, itu pun belum tentu,,kalau dipanjangkan umur.. i'allah..

Hari pertama ramadhan,, membuak2 nafsu untuk berbuka.. tapi apakan daya,, terpaksa menikmati juadah yang bukan di sediakan oleh emak sendiri... tapi ok la juga,,berbuka dengan kawan2 seramai 21 org... best jugak la,,tomyam campq, teluq greng, sayuq kankung, dadih dan juga aiq oren,,masak sendiri,,akan jadi kenangan tu sume,,, buat ecah, pizah, nani, kak dila, dan semua yang terlibat,, tima kasih...len kali boleh buat lagi,,,

Ini yang nak dikongsikan ni,, apa yang aku rasa mungkin dah jadi satu fenomena agaknya,, tibanya bulan puasa orang yang yang tak pernah berniaga pun berlumba2 untuk berniaga,, bila dah niaga,,:
-tak sedap langsung!!!!!
-dah tue mahal plak,,,!!
-tak dak kebajikan agaknya dalam kepala otak depa nie,,,
-hanya mementingkan keuntungan semata-mata!!!

Inilah yang terpaksa aku hadapi di bazar ramadhan seksyen 15 bandar baru bangi,,,, yang mana kepadatan penduduk agak tinggi,,,, Orang yang nak membeli ramai,, peniaga ekspress banyak,,,
hasil dia,,, jual kueh mueh pikiaq keuntungan saja,, tak dak kebajikan..
kueh sebiji 5 kupang (50sen).. mahal gila,,berbeza ngan tempat aku,, tapi apakan daya,, tak sedap pun kena jugak la,,,,

Ehm,, AKu agak panas dengan benda cmnie,, bab makan nak wat bg org mkn,, wat da kajikan sikit kan dpt pahala,, tak dak rugi pun,,, mhal kalu sedap tak kesah.. nie sebaliknya..

ehm...cukup tok mlm nie,,, panas,,


Jumaat, 21 Ogos 2009

.................SaLaM RaMaDhaN....................


Salam Ramadhan Buat semua umat islam diseluruh pelusuk tanah air..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku masih lagi diberikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan ramadhan yang mulia..

Pada kesempatan ini,, aku ingin memohon kemaafan jika terdapat salah dan silap ...

Pada ramadhan kali ini juga, bersama2lah kita meningkatkan amalan serta mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dalam mencari seberapa banyak pahala serta melipatgandakan amal kebajikan...

Kepada semua sahabat,, jom meramaikan masjid UKM

"Marhaban ya Ramadhan"

Khamis, 20 Ogos 2009

Khidmat Komuniti Bersama Anak Yatim '09

Salam Pembuka Bicara..

Alhamdulillah.. selesai sudah siri pertama program khidmat komuniti bersama anak yatim 2009 siri pemeriksaan kesihatan yang berlangsung di Muassasah Darul Fuquha, Sungai Merab Bangi..
Program yang dijalankan adalah latihan amali dalaman yang wajib dilakukan oleh pelajar tahun akhir program komunikasi dan dasar awam termasuklah aku..

Dengan kekuatan seramai 17 orang ajk yang diketuai oleh aku sendiri selaku ketua pengarah dan dibantu oleh rakan2 ajk,, program ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna, alhamdulillah syukur... terima kasih kepada semua ajk pelaksana yang begitu bersungguh2 dalam menjayakan program ini.. begitu juga kepada Prof Madya Dr Zulkifli yang merupakan Pengetua Kolej KTDI UKM yang memberi kerjasama dari segi pemeriksaan kesihatan bersama pelatih2 perubatan yang merupakan pelajar tahun tiga perubatan ukm..

Majlis yang ringkas dan semi formal ini telah dirasmikan oleh Ketua Program Komunikasi dan Dasar Awam iaitu Dr. Yusoff yang sudi meluangkan masa yang agak panjang untuk bersama2 dengan kami bagi meninjau perjalanan program tersebut.. begitu juga tidak dilupakan buat Puan Maizatul selaku penyelaras khidmat komuniti yang banyak membantu dari segi semua aspek..
Buat pengurusan rumah anak yatim ini juga diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan..

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 4.00 ptg sepertimana yang telah dirancangkan.. bermula dengan majlis perasmian seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh para doktor dan pelatih sehingga kepada penutup.. seramai 42 pelajar telah diperiksa dan sekiranya terdapat sebarang penyakit mereka akan dibekalkan ubat..

Alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan kepada tuhan kerana majlis ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. makanan yang disediakan juga menyelerakan buat semua yang terlibat.. ha satu perkara penting yang membuatkan aku teruja ialah buat pertama kalinya aku telah ditemuramah oleh astro aosis di mana seperti yang diberitahu oleh director tersebut.. kebetulan mereka ingin membuat rakaman perjalanan kehidupan anak2 yatim di rumah tersebut,, jd disebabkan kami membuat program,, rakaman tersebut juga akan disiarkan di dalam rancangan yang diterbitkan oleh astro aosis.. pada 26 ramadhan ini pada jam 7.30 malam.. kn tgok first time masuk tv..heehee...

*Untuk siri yang kedua ialah siri gotong-
royong (Darul Fuquha) dan majlis berbuka puasa yang bertempat di Hotel Equatorial Bangi iaitu pada 5 september 2009 (sabtu).. i"allah dengan harapan majlis itu juga akan berjalan dengan sempurna..

*Dan siri yang terakhir ialah siri majlis khatam Al-Quran yang akan dijalankan di Kolej Dato' Onn pada 11 september 2009 yang dikendalikan oleh JAKSA kolej..

P/S: tq buat tuan director = Syirfan Indra Mitra Surya (produser/director) FM Production SDN BHD

* gambar program"

AJK pelaksana Khidmat Komuniti
(duduk dari kiri : aishah, ah kiat, aku, syakil, kak dila)
(berdiri dari kiri :wani, amoi, tina, ain, gaya, jc, khai, ina, zue, atika, yati)
*adnan tiada dalam gambar


mendengar penjelasan dari timbalan aku (Aishah) yang begitu bersemangat..
sambil diperhatikan oleh zue,, boleh dapat tokoh wanita terbilang nie,,hehe


Aku n syakil mengiringi Prof Madya Dr. Zulkifli (Pengetua KTDI)
yang disebelah aku,,
dan Felo Kolej KTDI yang disebelah syakil
untuk menaiki bas setelah selesai program..



Anak-anak yatim bergambar bersama paramedik dari KTDI UKM yang merupakan pelajar tahun 3 & 4 fakulti perubatan..


AJK pelaksana bergambar kenangan bersama paramedik dan juga pengetua Darul Fuquha ( Puan Anilie)


Ahad, 16 Ogos 2009

Sayang Mak..

Salam utk mak yang tercinta,,,,
Salam utk semua,,,

Alhamdulillah,,genap 15/8/2009 genaplah usia ibuku 63 tahun,,,selamat hari lahir buat ibuku yang tercinta dan disayangi,, (Roziah Bt Hj Ishak)
Adik nak ucapkan semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan berada dalam keadaan tenang dan tabah menghadapi dugaan dan ujian dari Allah S.W.T,, setiap dugaan pasti ada hikmahnya.. alhamdulillah.. adik sayang mak,, sebelum tu,, al-fatihah buat ayah tercinta yang telah pergi meninggalkan kita semua lebih sepuluh tahun lepas... pada tanggal 19 julai 1999.

Mengenang kembali tepat 15.08.1946 lahirlah seorang insan yang bernama Roziah bt Ishak,,, mengharungi perjalanan yang penuh onak dan duri,, aku begitu mengagumi ibuku yang amat tabah dan kuat dalam menghadapi dugaan hidupnya.. pada tahun 1968 beliau mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang hensem lagi baik iaitu Hassan Nordin b. Ahmad (ayahku yang telah kembali ke rahmatullah).. al-fatihah..

Ibuku dikurniakan 7 orang cahaya mata.. 5 lelaki dan dua orang perempuan,, alhamdulillah semua dapat meneruskan hidup sebagai manusia.. di mana tidak menyusahkan ibuku...i 'allah jasamu sebagai ibu yang banyak mengajar dan mendidik akan kubalas.. sayang mak..

Untuk pengetahuan semua adik beradik ku,, sayangilah mak seperti mana beliau menyayangi dan mendidik kita semua tanpa mengenal erti penat dan lelah demi menjadikan kita sebagai manusia yang berjaya di dunia dan akhirat...


"Ya Allah Ya Tuhanku,,kau ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku Ya Allah"
"Murahkanlah rezki ibuku Ya Allah"
"Panjangkanlah umur ibuku Ya ALlah"
"Permudahkanlah perjalanan hidup ibuku Ya Allah dalam menempuh segala cabaran dan dugaanmu Ya Allah"
"Aku memohon kepadamu Ya Allah"
Amen2 ya Robbal A'lamin....

p/s;; maaf tiada di sisi ibu tercinta ketika jamuan yang dibuat oleh kak ela.. rasa rugi la jgak.. tak leh nak melantak kek secret recipe...
kak ela,,nnti beli len no..hehehe,,


Selasa, 4 Ogos 2009

Takut Jarum

Penat dan ngantuk,,itulah ungkapan yang mampu aku katakan...
buat pertama kalinya dalam hidupku aku menderma darah,, bersama lie,nan dan conie, aku p derma darah kat fssk..

da la dak2 kelas yang mai tgk ngan bg semangat..hahah..lawak ja aku rsa diriku nie,,laki saja tapi takut jarum,,,

tak pa,,pasnie aku akan kerap lagi p derma drah..bila g nak bg kat org yang memerlukan,tok pengetahuan sume aku tergolong dalm kalangan darah jenis A...

ehm,,ngantuk dan penat..salam,,slmt mlm.

Isnin, 3 Ogos 2009

Malam Yang Sunyi

Malam tiba lagi,,,siang pula meninggalkan aku begtu sahaja dengan aktivitiku yang agak cbuk buat diriku yang tidak seberapa rajin seperti yang disangka,,, memang sunyi benar malam nie,,buatkan aku ingin sahaja balik ke kampung di penang,,bukan apa,,kalau di kampung aktiviti malamku mungkin tidak akan sunyi kerana banyak menghabiskan masa bersama kawan2ku samada di rumah atau di kedai sepupuku..paling kurang ada kawan untuk dibawa berborak bagi menghabiskan masa begitu sahaja..tapi apakan daya,,perjuanganku di ukm masih belum selesai,,masih jauh lagi perjalanan yang ingin aku tempuh..jadi seorang kat bilik pun seoranglah...komputer kesayanganku menjadi peneman setiaku..

Sepanjang minggu lepas aku rasa terlalu sibuk sehingga masa berlalu begitu pantas..,untuk mnyelesaikan urusan bagi program khidmat komuniti amat tertekan,,pening aku dibuatnya untuk memikirkan segala masalah dan kemungkinan yang akan berlaku..sehingga program masih belum selesai aku perlu sentiasa untuk memikirkan perkara ini..tapi apa pun,,terima kasih buat semua ajk pelaksana program khdmat komuniti ini yang bersungguh2 dan bersemangat waja dari timbalan aku (ecah) sehingga kepada semua ajk yang terlibat..ramai sangat jadi malas nak tulis nama..hehehe..aku berdoa agar program kita ini menjadi dan berjaya sehingga selesai kesemuanya..,

Ditambah pula dengan asggment yang semakin bertambah..aku menjadi semakin rumit dan rutin harianku menjadi semakin padat..nak wat asggment,,jurnal,,nak memikirkan kertas projek,,aduh...memang student life begini agaknya..mana2 pun sama kot,,kalu dak org tak kata la waktu menjadi pelajar amat menyeronokkan..tapi aku rasa mcm tak mau dah,,kepala dok memikir nak kerja ja,,tak sabar nak ada aset sendiri (sabar2)..

Yang lain seperti biasa..sebelum terlupa tima kasih buat pizah dan ekin tlg ganti tempat aku tok jd RA bagi pusat mention punya kajian..lega la,,bukan apa..yang urgent tu sebab aku blik p.dickson untuk teman abg aku nak cari motor,,maaf la no..kalu da rezki kuaq la moto abg aku,,yang rugi tak leh nak convert num plet lak,,rugi r..heheh..relax no abg...

Huhhh..blik ukm pg tadi trus gerak p umah Dr.Wan,,dia wat kndri doa selamat..agak best sebab join ngan dak2 kelas aku,,yang tak ikut serta rugi la,,heehhee,,kenangan tu penting bg kita pas grad t..kompom aku kan igat punya...

Ehm,,,mlm semakin larut..ain dan paan dah pun p genting,,semoga kekal sampai leh kawen buat dua org kawanku tue,,,,byk benda yang nak ditulis,,tapi idea yag mai tu tak tersusun lak,,tak sedap nak tulis,,nnt jadi caca merba,,jadi sok mlm lak aku da masa aku akan tulis lagi..

Cukup setakat ini...terima kasih kmpter yang baek dengan aku..terima kasih semua..

Hope prgram berjaya.auaaaaaaaaaaaghhhhh,,ngantuk,,,

selamat malam.tq