Khamis, 28 Mei 2009

lima Jenis Sabar

SABAR adalah satu sifat manusia. Ia bererti menahan dan menanggung diri daripada perkara yang tidak disukai Allah kepada yang disukai atau menahan dan menanggung diri daripada yang disukai nafsu kepada yang disukai Allah.

Berpandukan kepada pengertian itu, sabar adalah satu istilah yang mengandungi pelbagai makna dan nama.


Contohnya menahan diri di medan perang disebut berani (as-saja'ah), lawannya bacul (al-jubn), manakala menahan diri daripada suatu keinginan nafsu Arabnya disebut 'dabtun nafs' dan lawannya 'al-batr'.

Sabar adalah senjata terpenting manusia, lebih-lebih lagi diri manusia sentiasa menghadapi pelbagai ujian. Dengan sifat ini membolehkan manusia mengatasi ujian dan mencapai kejayaan.

Banyak nas yang memerintah kita bersifat sabar, antaranya bermaksud: "Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung." (Ali-Imran:200)

Cendekiawan membahagikan sifat sabar kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa pada manusia biasa, bahkan di kalangan nabi.

Antara yang dirumuskan al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan dan ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

2. Sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan. Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menurut perasaan marah.

3. Sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar terhadap kenikmatan orang lain, seperti orang kafir dan golongan taghut yang pada lahirnya nikmat tetapi pada batinnya adalah azab.

4. Sabar terhadap ketaatan yang sememangnya banyak halangan. Nafsu itu tabiatnya liar dan tidak suka kepada pengabdian, malah malas pula untuk melaksanakan amal ketaatan.

Kesabaran ini memerlukan tiga peringkat:

  • Sebelum dapat melaksanakan sesuatu ketaatan, perlulah memperbaiki niat dan ikhlas, sabar daripada riak yang merosakkan dan sabar untuk menguatkan keazaman.

  • Ketika mengerjakan ketaatan, hendaklah sentiasa berjaga dan berwaspada daripada faktor yang boleh melemahkannya.

  • Selepas mengerjakannya hendaklah bersifat sabar daripada melakukan suatu yang membatalkan amal ketaatannya.

    5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah. Dakwah ke jalan Allah adalah suatu usaha mulia dan suci. Ia adalah warisan daripada rasul dan nabi, mempunyai halangan dari musuh kebenaran dan kebaikan.

    Harus diingat, dakwah kepada jalan Allah dan agama-Nya sangat bertentangan dengan keinginan dan hawa nafsu, dengan adat dan tradisi, keseronokan dan kerehatan, pangkat dan kedudukan, bahkan kekayaan dan kekuasaan.
  • Sabtu, 23 Mei 2009

    Bahang Pilihanraya Kadun Penanti

    Seminggu sudah aku kerja part time dekat kedai kasut Xes-premium,,jusco..dari jam 6-10 mlm..ehmmm mcm biasa la kerja kat pasaraya,,nak kn serve customer,,,kebanyakkannya kaum hawa,,,huhuh,,,leh la nak market sikit,hahahha,,

    Tapi yang bosannya bila takdak customer,,sememangnya aku nie jenis yang tak tahan bosan.,,nak kn gerak selalu barulah tak bosan macam kerja kontrak,hahah,,,tapi takpa amik pengalaman jadi promoter lak,,kalu dak sebelum nie kerja menyangkak ja sorang2,,huhuhuh,,

    Okeh tamat sudah cerita kerja aku,,skunk aku nak cita betapa kekalutannya melanda kawasan penanti,,,polis, jpj, peronda, kuda putih,,bersepah-sepah di atas jalan sepanjang dari jalan perda hinggalah ke jalan umah aku,,,setiap jalan nampak saja kelibat team uniform nie,,

    Menggelabah juga la kaki-kaki rempit,,golongan yang kepala keras takmau pakai helmet,,maunya tidak,,,sepanjang masa dalam dua minggu nie memang banyak kelibat team nie... silap2 ari bulan tak pasai2 kena saman,,, berbalik kepada pilihanraya kecil penanti,,memang agak banyak reaksi yang aku dengar bila BN tak bertanding,,macam2 ayat keluar dari orang penanti,,

    Ada yang kata penanti memang kawasan PKR,,, kalu BN bertanding pun tetap kalah,, ada juga yang kata itu hanyalah mainan politik,,,entah la,,kekadang bila memikirkan keadaan politik kebelakangan nie,,memang menyampah,,,tak habis2 dengan isu yang tak selesai,, pembangkang dengan cara pembangkang, kerajaan pula dengan cara kerajaan,, saling salah menyalahi..siapa yang akan dapat untung????siapa yang jadi orang tengah???pikirkan sendiri... dimana silapnya bangsa kita,,,,sedih sungguh,,,

    Dalam perjalanan pulang dari kerja 2 hari lepas,,sampai saja di kubang semang jalan sesak,,dalam hati memang saya agak ada ceramah kot,,,sampai2 di hadapan simpang tiga depan masjid kubang semang memang sah,, PKR wat ceramah..memang ramai gila,,aku singgah sat nak tgk,,,dari jauh tak perasan sapa yang dok bagi ceramah,,jadi tanya la dekat sorang p.cik kat situ,,dia ckp org dari terengganu yang bagi ceramah,,amboi bukan main semangat lagi dalam ceramah tu,,pa yang dia cakap lantak kat dia..aku tak amik tau..,tu hal dia,,yang p dengar pun semangat juga lah,,,

    ehm pagi tadi dah selesai penamaan calon,,kul 12 aku lalu kat berapit sesak jgak,,,,sapa yang trun ntah la,, apa pun tggu time buang undi nnti,,segala gambar tak sempat aku nak ambil,,mungkin t ada masa aku akan amil sebagai bukti sibuknya kat sini,,heheheh... sapa yang menang kita tggu aja,,,,

    sekiannnnnnnnnnnn,,,

    Isnin, 18 Mei 2009

    Malasnya

    • salam dan selamat bersua,,ehm memang agak malas aku nak mengupdate blog aku,,, tambahan pula la nie ngah musim cuti sem,,tiap ari dok relax2 mengambil angin kampung..
    • Bermula dengan 8.5(jumaat) aku bertolak balik ke kampung,,menaiki motosikal +aku (PHV2306).. konvoi dengan chaq dak pdg serai...memang penat la beb ride ngan moto,,tapi takpa itu semua pengalaman yang tak dpt aku lupakan,,mengambil masa lebih kurang 7jam,,sampai la aku kat penang,,kul 12.30 bertolak kul 7 petang sampai,,huhuhu..penat giler...
    • Sehari berehat,,,9.5.09 berlakunya majlis pertunangan kakakku (rohela) dengan mohd hafiz,,alhamdulillah majlis berjalan dengan sempurna dengan izin Allah..selamat,,semoga kekal ke jinjang pelamin dan hingga ke anak cucu.. 11.5.09 aku dpt mesej dari Dr.nasran aku pya penyelia berkenaan dengan kerja lapangan(soal selidik dasar komunikasi),,dia gtaw soh g jumpa dia kat hotel sunway nak bagi borang soal selidik..apa lagi aku pun p la jumpa dia..ambil borang tu sebanyak 32 nak kena soal orang kawasan Tasek gelugor..tempoh masa bermula dari 11.5-13.5 aku kena siapkan borang tu..dengan pertolongan keluarga, kawan, buah hati, kerja tersebut dapat diselesaikan dengan sempurna..
    • Susah tu sah dicakap la,,nak dpatkan seorang responden pun kan men susah,,sapa nak jwb kalu soalan byak mcm jwb exam,,bagitau kata dpt saguhati rm5 barula da responden yang nek jawab,,,aku pun tak tau ke mana mentaliti masyarakat malaysia..nak minta tlg bagi pandangan pun susah,,nak kn byar lagi,,adusss,,,wawasan 2020 adakah mungkin akan terhasil ataupun omongan kosong,,kita nantikan saat itu..
    • Hari rabu,,setelah selesai kerja soal selidik,,aku p usha kedai kasut kat Jusco,,XES,nak tya kerja kosong,,nasib agak menyebelahi kedai tu memang nak pakai orang,,jadi aku pun apply tok jwtan promoter,,part time job..sejam rm4,jadi la duet masuk juga dari dok sja ja cuti yang agak lama nie,,buah hati aku memang banyak membantu la..tima kasih,,jasamu akan dikenang selamanya..
    • Khamis dan jumaat jadual kehidupan aku berjalan seperti biasa,,malam berjaga,, siang lam kul 11 baru nak bangun,, heheh.. biasa la,,masa cuti kan,,almaklumlah..,,menjelang malam jumaat,,aku da game futsal,,farid ajak men ngan membe2..bukan apa lama tak maen,,,tambahan pula semua ada,,aku, cop, caet, farid, wan, e-dan, bb, cu-mie, aiman, mon n zam,,penat gilar,,lama tak keluar peluh,,sekali maen sejam hah amik,,semput bukan nak cakap la..hehehe.. men sekadar suka2,,ada yang pandai ada yang kurang pandai,,mcm aku la,,leh main ja la,,bila g kan,,
    • Balik dari futsal singgah di char keow teow sungai dua,,buat pertama kalinya aku order char keow teow,,huhuhu..bukan tak pernah mkn,,sebelum nie dah mkn tapi tak leh nak blah dia muntah balik,,jadi kali nie nak ubah lah sikit,,try r pekena,,sib bek line clear..heheh..habis gak,,selamat...balik ja g lepak umah farid,,kui 4 pagi balik umah trus lena,,sedaq2 kui 2.30 kalut gak r,,nak kuar g penang da keja kit,,buah ati ajak kuar,,.kuar r ronda sat,,petang balik relax2 trus lena,,b4 tu nak g antaq mak aku,,tapi abg kimi dah p antq,,
    • The whole wekeend aku habis,,dengan kerja sebegitu,,coming sunday at 6.00 o'clock.. aku kn g kerja part time tu,,dengan semangat yang berkobar2,,aku masuk kerja,, pakai baju kerja kedai kasut tu (XES)..izzati@momon kerja kat situ jugak,,dia buat fulltime,,tapi nak kerja sampai ujung bulan 5 ja,,da kerja pa tau la kat dia,,first day aku kerja ok,,serve customer 12 orang leh juai kasut 12 pasang..puas gak,,bukan apa this is da first time i try this job in my life..tak pernahnya jd promoter apatah lagi nak kn jadi cashier,,huhuhu..menggelabah jgak la,,
    • Kui 10.00mlm kerja aku habis,,aku blik seperti biasa,,g lepak route 69 pekena kopi,,ngan member jusco ngan buah hati aku..pastu g kedai farid,,lepak sat trus blah ngn farid ngan cop,,sampai umah trus trasa nak mengupdate blog aku,,bukan apa..lama sangat dah tak update..qasa kosong lak,,dah alang2 aku wat blog,,bek update..sekurang2nya perjalanan hidup aku tercatat lah dalam diari maya nie,,ehekkk,,
    • Okeh,,sebelum aku nak menghabiskan coretan pada mlm nie,,aku nak mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu aku tercinta dan juga kepada semua kaum ibu yang terdapat di dunia nie,,dan juga selamat hari guru kepada guru-guruku yang telah mengajar aku selama ini sehingga aku menjadi aku seperti hari ini,,pengorbanan guru2ku tetap dikenang selamanya,,terima kasih cikgu..
    • Sampai disini sahaja aku nak mencoretkan apa yang terlintas dan terpikir di mindaku....selamat kepada semua,,assalamualaikum..sehingga berjumpa lagi,,

    Rabu, 6 Mei 2009

    ...bukan senang..

    PART 2
    ha post kali nie adalah kesinambungan kepada post yang lepas mengenai kerja wayering,..
    pada hari kedua dan ketiga tak sempat nak post sebab sbuk dan terlalu penat...



    dari pagi sampai ke petang pada hari kedua,,dan pada hari ketiga dari pagi sampai ke malam..
    matlamatnya hanya satu,nak bagi siap juga bahagian yang diminta oleh tuan rumah..mau dan tak mau kn jgak la,,



    bak kata abg saya,,kita berpegang pada janji,so kn jugak siapkan seperti yang telah dijanjikan supaya tuan rumah berpuas ati dan selesa dengan kerja yang kita jalankan,,erti penat lelah letak number dua..yang penting janji yang telah dimeterai antara wayerman dengan tuan rumah..



    okeh,,cukup setakat nie,,tutuplah sudah cerita mengenai wayering di kuantan,,mungkin ke depan tak tau lagi,,da rezki wayering lagilah nampaknya..i'allah semoga pengalaman dan ilmu yang sedikit dapat digunakan dalam merintis kehidupan yang bakal ditempuh...



    sejauh mana kita berada di atas,,tak kemana juga sekiranya kita tidak pernah mengenal erti hidup di bawah..



    ehmmmmm,,pada saat dan ketika ini,,hanya tinggal lagi 3 hari saja untuk tinggal di ukm bagi sesi 2008/2009..pasnie balik kampung cuti selama dua bulan,,menikmati kehidupan bercuti setelh penat dok stadi,heheh..i'allah last paper hari khamis 7.5.09 bley jawab dengan sempurna.,.,amen



    kepada semua senior2 yang akan tamat pengajian,,gud luck dan diharapkan selamat dalam menempuh ujian sebagai seorang dewasa dalam dunia yang realiti sebagai seorang dewasa dalam dunia pekerjaan...kalu dah dapat sambung buat master bagitau la,,kot2 leh jumpa lagi...selamat grad..sebagai seorang pemegang ijazah dalam bidang masing-masing...




    sebelum saya menamatkan celoteh saya...tak lupa juga saya untuk mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran yang ke 25 kepada kakak saya tersayang,, semoga dimurahkan rezki,dipanjangkan umur,,dipermudahkan perjalanan hidup..rezki untuk anak tercinta,,badrul aiman... ha satu lagi..thniah untuk majlis pertunangan yang akan diadakan pada 9.5.09,,semoga kenduri cepat cikit..hehee

    Jumaat, 1 Mei 2009

    .......

    -Aku PenaT,,ahaksSSs-
    :Hari Pertama:
    'Bukan senang nak jadi pekerja kontrak yang profesional..itulah aku,,,sudah lama rasanya aku tidak memegang mesin canai,penebuk dinding,drill,,hammer,,paku,,bermain dengan habuk dan debu,,tapi pada hari ini aku telah kembali untuk bersahabat dengan semua itu,,'

    'Journey tu kuantan,,lepak dekat umah biras abg aku di pinggiran bandar kuantan,,melakukan kerja kontrak wayering di taman bukit rangin kuantan,,agak penat tok pengetahuan semua,,bukan penat sebab tenaga,,tetapi penat dengan habuk simen,sebab hari nie aku tebuk dinding simen tok tanam paip wayering,,'

    'Cerita aja pasal kontrak,,terkenang kembali pengalaman lepas sewaktu habis stpm,,aku bekerja sebagai buruh kontrak tanam paip telekom,,buat jalanraya,,kerja kontrak piling tiang bangunan,,kerja kontrak lagi sebagai pemesin rumput di balok pahang,,aduh memang aku berkenan sggh dengan kerja sebegini,ntah kenapa..pengalaman mengajar kita dalam kehidupan,,'

    'Dan kali ini,,kontrak wayering pula dengan abg aku yang mengambil kontrak tersebut,,kebetulan kerja sebagai juruteknik TLDM,,ilmu yang dia ada bley dgunakan sebagai side income,,,Bukan senang juga nak cari duit,,tapi secara rak sengaja aku juga turut terjebak dengan kerja sebegini yang secara tidak langsung merupakan satu lagi ilmu yang aku pelajari,,'

    'jadi, kalu ada sapa2 nak wayering umah,,just kontek je la aku,,leh runding,diskaun lagi kot atas,setakat satu rumah wayering,gtau aja,hehee,bukan aku yang buat la,,tapi abg aku yang buat,heheh,,,,'

    'Selama tiga hari aku menapak dekat kuantan nie sblum blik ukm blik sebab da 2 paper lagi,hehe,takpa2 study diutamakan,,bosan2 kn juga keluar dari ukm,baru minda jalan,,,dah tepu sgt susah plak,,,'

    'ha nie dia gambar aku, abg aku n membe abg aku dekat banglo abg wan,,dua tingkat umah dia lam proses pembikinan,,da bar lagi kot atas,,mmg besar umah dia kalu dah siap nnt,,tok fasa kedua nie kami hanya tebuk lubang tanam paip,,sok tarik wayer plak,,ahahahha,,'

    :sekali lagi;;sapa yang teringin nak wat wayering len,kontek aku,,diskaun da,,hehehe,,,, :-


    -inilah qupa aku setelah sudah membelah satu lubang saja,belum 5 lubang lagi-



    -abg din(membe abg aku) & abg aku, masing2 dengan kerja depa-



    -lubang paip tok wayering yang sudah siap dipalam-



    -serba sedikit peralatan yang digunakan-



    -dinding yang telah dibelah oleh aku,,tunggu nak pahat ja-



    -grind yang digunakan untuk membelah dinding-



    -drill utk membuat lubang (gerudi)..brand bosh-



    -abg aku tengah dok pahat dinding yang telah dibelah-