Rabu, 29 Julai 2009

....Ke Jinjang Pelamin Jua...

Selamat Pengantin Baru,,,,,
itulah ungkapan keramat yang biasa kita dengari,,dan untuk itu juga aku inginJustify Full mengucapkan selamat pengantin baru buat Rohela binti Hassan Nordin dan pasangannya Mohd Hafiz yang telah selamat diijab kabulkan di Masjid kg Charok Beras, Kuala Ketil Kedah.. semoga berkekalan hingga ke anak cucu..

Walaupun dua kali nek pelamin kak ela aku tetap cun jgak,,huhuhu...
tanggal 25 julai 2009 bersamaan dengan ari sabtu berlangsungnya majlis kenduri yang ringkas tapi memenuhi semua keperluan yang dicadangkan seperti dalam mesyuarat..

Berlaukkan gulai daging rias pisang, ikan kering, nenas goreng, kerabu pucuk paku dan air sirap & asam,, memang amat menyelerakan buat semua jemputan yang hadir,, bukan senang nak jumpa masakan kampung dalam zaman sekarang niee,, rata2 kenduri lauk ayam, daging, dan lain2 yang biasa saja,,sekali kena masakan kampung,, perghhhh terliur habis,,heheh..

Kepada seseiapa yang tak dijemput maaf dipinta,, hal ini kerana kenduri yang dibuat hanyalah kenduri kecil,,nak bagi selesai,,

Buat tatapan kak ela,,gambar tak dapat nak di publishkan disebabkan masalah teknikal., i"allah kehadapan mungkin dapat disiarkan...

Sekali lagi aku memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana majlis yang dirancang berjalan hendaknya tanpa sebarang masalah.... terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang turut menjayakan majlis ini,,, alhamdulillah ya allah... ameeeeeen...

Tiada ulasan: