Ahad, 8 November 2009

Allahhuakbar

-Salam dan selamat tok semua..
Allah Maha Besar..
ungkapan yang dapat ku ucapkan bila buka tafsir al-quran,,
surah al-isra' ayt ke 16 dan 58..
tentu semua tertanya2,,,


-begini kisahnya,, jumaat lepas,,aku p di masjid ukm,,tatkala mendengar khotib membaca khutbah,,kyusuklah aku dan sekalian umat islam sekitar ukm mendengarnya,,tetapi khutbah pada hari itu telah membwa aku utk balik ke bilik dan menyemak semula tafsir bagi surah tersebut.. khotib menyentuh berkenaan isu ulama yang bertelagah pada masa sekarang.. dan katanya lagi,,sekiranya golongan ulama yang ada pada hari ini bertelagah,, inikan pula rakyat biasa yang tidak mempunyai ilmu agama yang mendalam,,lagilah bertelagah sesama umat..
adakah ini termasuk dalam tanda dunia akhir 2aman...


berbalik kpda tafsir tersebut,,khotib menceritakan berkenaan dengan kejadian gempa bumi yang berlaku di Padang Indonesia.. katanya, gempa yang berlaku ialah pada jam 17:16 iaitu jam 5.16 petang di malaysia,,, jam 17:16 itu bersamaan dengan surah ke 17 iaitu surah al isra' ayat yang ke 16 dan maksud ayat tersebut ialah :


Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya."

-dan gempa yang kedua pula berlaku pada jam 17:58 iaitu jam 5.58 ptg.. jam 17:58 itu bersamaan dengan surah ke 17 iaitu surah al isra' ayat ke 58 dan maksud ayat tersebut ialah :


"Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya dengan azab seksa yang berat; yang demikian itu adalah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz)."


inilah yang telah ditetapkan oleh Allah dan Allah telah memberitahu hamba-hambanya tentang segala kejadian yang akan berlaku di dalam alquran.


berpegang teguh pada al-quran dan as-sunnah pasti umat islam pada hari ini takkan berpecah belah dan menjadi umat yang kuat.


bersama-samalah kita renungi dan muhasabah diri kita.. aku berpesan pada diri aku dan semua yang membacanya..


Allahhuakbar..
Allah Maha Besar..


setiap yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk pun dari Allah tapi atas kelemahan diri aku,,


Astagrfirullah hal a'2im..

Tiada ulasan: