Khamis, 5 November 2009

Pentingnya Bermasyarakat

Selalukah kita dengar ungkapan ini..:
-apa la ang nie,,tak bermasyarakat langsung.
-kenduri wat sendiri.
-nama ja hidup lam kampung, tapi apa pun tak tau,,campuq pun tidak,,

itu adalah beberapa ungkapan yang sering kali kita dengar khasnya bagi mereka yang hidup dalam suasana kampung,,keadaan ini agak berbeza kiranya nak dibandingkan dengan golongan yang hidup dalam suasana taman..bukan tidak ada,,tetapi kurang..

"berat sama dipikul, ringan sama dijinjing"
hubungan kejiranan yang erat dapat mewujudkan masyarakat yang sentiasa mengambil berat antara satu sama lain. ia bukan sahaja berjaya mewujudkan suasana harmoni bahkan menjadi elemen penting dalam usaha membangun dan memajukan negara.. orang cakap,, kalu dah bermasyarakat nie,,semua kerja jadi mudah..wat bersama-sama..ringan ja la,
setiap individu dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana kehidupan setempat yang harmoni dan saling bantu-membantu. tahap keselamatan sesebuah kawasan turut dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa melalui kerjasama dan dan hubungan baik antara jiran di samping bersama-sama mengawasi perlakuan jenayah yang menggugat keharmonian sesebuah masyarakat.

bagi menjayakan usaha ini, nilai murni seperti bertolak ansur, bekerjasama dan saling membantu menjadi inti pati terpenting yang perlu dicapai bersama. permuafakatan yang terbina akan membawa kepada satu corak budaya yang diingini dan mengelakkan individu bersikap pentingkan diri sendiri serta mudah berbalah jika mempunyai pendapat yang berbeza. malah, masalah yang berlaku dalam masyarakat seharusnya di tangani bersama dan setiap anggota masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing dalam menentukan hala tuju dan kerukunan komuniti.

program yang memerlukan kerjasama seperti gotong-royong, kenduri serta sebarang sambutan hari kebesaran yang dilakukan akan terasa lebih ringan jika setiap anggota masayarakat memainkan peranan masing-masing. hubungan kejiranan perlu dipupuk bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini khususnya dalam masyarakat moden yang tidak lagi mementingkan hubungan kejiranan.

jadi, dalam masa yang sama,,apa yang dapat aku lihat ialah bagaimana pentingnya JKKK (pengerusi kampunG) utk mewujudkan keadaan ini, bagaimana peranan yang dimainkan bagi menarik golongan belia supaya turut sama terlibat dalam sebarang aktiviti.. kalu dah ketua kampung pun mandom,,dok songlap,,progran tak leh wat,,perkara ini tidak akan terhasil..

pemilihan ketua kampung seboleh-bolehnya biarlah seorang yang mampu bekerja dan mempunyai ciri yang tepat, barulah wujudnya masyarakat yang harmoni...






.


2 ulasan:

Ashsikin Aisyah berkata...

wei ang buat esei stpm ea?

erkk=p

.^_^.

TarAnTuLa_Matdoe @ Mohd Helmi Bin Hassan Nordin berkata...

aik,,nie time ngah bosan..tue yg jadi tak tentu camnie,,,hahah..