Khamis, 20 Ogos 2009

Khidmat Komuniti Bersama Anak Yatim '09

Salam Pembuka Bicara..

Alhamdulillah.. selesai sudah siri pertama program khidmat komuniti bersama anak yatim 2009 siri pemeriksaan kesihatan yang berlangsung di Muassasah Darul Fuquha, Sungai Merab Bangi..
Program yang dijalankan adalah latihan amali dalaman yang wajib dilakukan oleh pelajar tahun akhir program komunikasi dan dasar awam termasuklah aku..

Dengan kekuatan seramai 17 orang ajk yang diketuai oleh aku sendiri selaku ketua pengarah dan dibantu oleh rakan2 ajk,, program ini berjaya dilaksanakan dengan sempurna, alhamdulillah syukur... terima kasih kepada semua ajk pelaksana yang begitu bersungguh2 dalam menjayakan program ini.. begitu juga kepada Prof Madya Dr Zulkifli yang merupakan Pengetua Kolej KTDI UKM yang memberi kerjasama dari segi pemeriksaan kesihatan bersama pelatih2 perubatan yang merupakan pelajar tahun tiga perubatan ukm..

Majlis yang ringkas dan semi formal ini telah dirasmikan oleh Ketua Program Komunikasi dan Dasar Awam iaitu Dr. Yusoff yang sudi meluangkan masa yang agak panjang untuk bersama2 dengan kami bagi meninjau perjalanan program tersebut.. begitu juga tidak dilupakan buat Puan Maizatul selaku penyelaras khidmat komuniti yang banyak membantu dari segi semua aspek..
Buat pengurusan rumah anak yatim ini juga diucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan..

Majlis bermula pada jam 10.00 pagi dan selesai pada jam 4.00 ptg sepertimana yang telah dirancangkan.. bermula dengan majlis perasmian seterusnya pemeriksaan kesihatan oleh para doktor dan pelatih sehingga kepada penutup.. seramai 42 pelajar telah diperiksa dan sekiranya terdapat sebarang penyakit mereka akan dibekalkan ubat..

Alhamdulillah sekali lagi aku panjatkan kepada tuhan kerana majlis ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.. makanan yang disediakan juga menyelerakan buat semua yang terlibat.. ha satu perkara penting yang membuatkan aku teruja ialah buat pertama kalinya aku telah ditemuramah oleh astro aosis di mana seperti yang diberitahu oleh director tersebut.. kebetulan mereka ingin membuat rakaman perjalanan kehidupan anak2 yatim di rumah tersebut,, jd disebabkan kami membuat program,, rakaman tersebut juga akan disiarkan di dalam rancangan yang diterbitkan oleh astro aosis.. pada 26 ramadhan ini pada jam 7.30 malam.. kn tgok first time masuk tv..heehee...

*Untuk siri yang kedua ialah siri gotong-
royong (Darul Fuquha) dan majlis berbuka puasa yang bertempat di Hotel Equatorial Bangi iaitu pada 5 september 2009 (sabtu).. i"allah dengan harapan majlis itu juga akan berjalan dengan sempurna..

*Dan siri yang terakhir ialah siri majlis khatam Al-Quran yang akan dijalankan di Kolej Dato' Onn pada 11 september 2009 yang dikendalikan oleh JAKSA kolej..

P/S: tq buat tuan director = Syirfan Indra Mitra Surya (produser/director) FM Production SDN BHD

* gambar program"

AJK pelaksana Khidmat Komuniti
(duduk dari kiri : aishah, ah kiat, aku, syakil, kak dila)
(berdiri dari kiri :wani, amoi, tina, ain, gaya, jc, khai, ina, zue, atika, yati)
*adnan tiada dalam gambar


mendengar penjelasan dari timbalan aku (Aishah) yang begitu bersemangat..
sambil diperhatikan oleh zue,, boleh dapat tokoh wanita terbilang nie,,hehe


Aku n syakil mengiringi Prof Madya Dr. Zulkifli (Pengetua KTDI)
yang disebelah aku,,
dan Felo Kolej KTDI yang disebelah syakil
untuk menaiki bas setelah selesai program..



Anak-anak yatim bergambar bersama paramedik dari KTDI UKM yang merupakan pelajar tahun 3 & 4 fakulti perubatan..


AJK pelaksana bergambar kenangan bersama paramedik dan juga pengetua Darul Fuquha ( Puan Anilie)


1 ulasan:

critikal thinker berkata...

huhu.. puji ker kutuk??
kih222... amin
ar ejaan name aku aisyah la
huhu...

t aku masukkan lagi gambr kat blog aku erk..
huhu..
aku nak tgu.. gambr dari tuan haji..