Ahad, 21 Mac 2010

Aku Terima Nikahnya

salam dan selamat.....




"Aku terima nikahnya"...tentu ramai yg tertanya2 aku dah nikah ka?? owh tidak sama sekali.tu adalah tajuk buku yg dikarang oleh ust Hasrizal Abd Jamil...

Buku nie menceritakan tentang pengalaman penulis dalam membina damai pada sebuah kehidupan berumah tangga. segalanya bermula dengan menilai cara memandang perkahwinan itu sendiri. melihat perkahwinan sebagai medan untuk menerima, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta. melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal Peranan dan bukannya Hak yang tidak berkesudahan..

Dioalah dalam gaya santai dan pendekatan bercerita, dengan dialog-dialog biasa yang merencahi kehidupan sekitar dunia rumah tangga, buku ini menjanjikan pengalaman membaca yang mengasyikkkan. suami mahupun isteri dibawa menghargai keuinikan diri masing-masing, mengiktiraf kelebihan dan mengakui kelemahan, lalu belajar untuk saling memahami....demi meyempurnakan perjalanan sebuah rumah tangga berbekalkan syariat Allah dan sunnatullah...

Banyak pengisian yang dapat diperolehi daripada buku ini.. tidak kiralah untuk yang dah kawen mahupun belum kawen...memang bagus,,aku baca sekadar menambah ilmu dan pengalaman dari ust Hasrizal,,i'allah..

Terima kasih buat ashahkirin kerana sudi menghadiahkan buku ini walaupun sebuah buku tetapi banyak makna..

Pelikkah cinta tanpa perkenalan???
Keluar makan-makan????
Berbalas emel dan sms???

...terimalah seseorang seadanya. kebaikkanya disyukuri, kekurangannya diredhai...

Dalam soal berumahtangga ini, jangan tergesa-gesa, dan jangan bertangguh-tangguh..

renung-renungkanlah,,selamat beramal..

Tiada ulasan: