Rabu, 6 Januari 2010

perlukah begini nasib seorang anak??

salam dan selama malam utk semua,,,
apa yg aku nak kgsikan di sini tiada kena mengena dengan aku,, tetapi nak juga aku luahkan krna beginilah nasib yg menimpa seorang shbt yg bergelar seorang anak perempuan...

1) Si empunya hamba allah ini merupakan seorang anak perempuan sulung kepada seorang bapa. niat murni ingin bekerja sendiri dan mempunyai pendapatan agar dapat memenuhi keperluan peribadi seperti, memliki lesen, memiliki kenderaan, memiliki sebagainya yang diperlukan. tapi apakan daya, bila tibanya gaji, wang adalah hak ayahnya,, semuanya di ambil dan hanya sedikit sahaja diberikan tok perbelanjaan..

2) Sekali dua mungkin tidak mengapa, namun perkara ini berulang kali setiap kali tiba gajinya.. begitulah juga yang di alami oleh kedua adiknya yg juga perempuan.. kedua2nya bekerja. bekerja di mana, biarlah mereka dan keluarga mereka shja yg mengetahui..setelah tidak dapat menahan perasaan yang ditanggung, si anak cuba menongkah arus dengan menegakkan haknya untuk menggunakan gajinya bagi tujuan peribadi seperti yg aku ckpkan tadi..

3) Apabila perkara ini diluahkan, si bapa apa lgi,, melenting sebab si anak sudah berani menunjukkan belangnya untuk menggunakan wangnya sendiri.. apabila keadaan ini berlaku, wujudlah perselisihan faham dan membawa kepada pergaduhan antra seorang anak dengan bapanya.. di sini adakah anak yg bersalah??semata2 hendak menegakkan haknya terhadap usaha titik peluh setiap bulan bekerja,, mmg tidak dinafikan perlu memberi wang kepada org tua agar mendapat keberkatan atas kerja yg dijalankan.

4) Tapi apa yg berlaku ke atas si pulan ini mmg tidak boleh terjadi... di manakah peranan seorang bapa?? bagi menyara keluarga??bukan mengambil wang anak yg bekerja dengan sewenang2nya.. apabila tidak tahan dengan hal yg berlaku,, si anak lari membawa diri.. siapa yg rugi?? si anak sudah tentu, si bapa pula bagaimana??

5) Si bapa tetap dengan ego seoarang bapa..tetap menyatakan bahwa dirinya adalah betul... bukan aku hendak menyalahkan bapa2,,tetapi bapa yg kurang betul mengenai pemikiran begini adakah boleh diterima?? keadaan begini akan mewujudkan jurang antra seorang anak dengan bapanya yg mrpakan darah dagingnya,, tetapi kalau perkara begini terjadi kepada diri kita bagaimana nak menghaapinya?? apakah tindakan yg benar benar betukl wajar di ambil???

6) Dengan melarikan diri? dengan berbincang?..
seperti yg diungkapkan tadi,,si bapa tetap dengan pendiriannya..
aduh,,kasihan sggh terhadap si pulan ini,,apakan nasib,, gaji sendiri tidak boleh dinikmati sebaliknya semua perlu diberikan kepada si bapa,,sedangkan umur sudah melebihi 20 tahun,,
bagaimana mungkin anak itu dapat survive utk dirinya??
mungkin juga niat bapanya bgus,,tok menyimpan kgunaan di masa depan..
tapi adakh itu yg benar2 berlaku???

7) Aku pun tak tau..tapi apa yg bley aku simpulkan..dan katakan,,
sebagai seorang bapa,,bertimbang rasalah terhadap anak anda,,
berilah peluang kpd anak agar wujudnya persefahaman dan kuatnya kasih sayang..
tunjang utama,,ingat lah ALlah..
dialah yg lebih mengetahui..

Tiada ulasan: