Rabu, 27 Januari 2010

penat camping//

salam,,dan selamat utk semua.,.

1) Alhamdulillah,,camping yang dirancang di hutan lipur Lentang selamat juga dan selesai..penat tak terkata,,berkonvoi naek moto mau tak penat,,

2) Bertolak dari ukm jam 11 lebih,,berkumpul di warta,,beli barang keperluan,baca doa terus gerak..lebih kurang jam 2 lebih tiba di hutan lipur Lentang,,sepanjang perjalanan tiada masalah,kecuali tayar moto ehsan yg pancit,,so kn naek van moto dia dan tukar tiub di genting sempah..sejuk jugak kat sana,dah bapa tahun tak smpai genting sempah,,keadaan masih tak berubah,,seperti sedia kala,,cuma keadaan jalan yang berliku dan naik bukit turun bukit,,agak merisaukan bagi penunggang kapcai khusunya..

3) siap jam 3 petang,,masuk dalam hutan,,cari tapak khemah,, lebih kurang setengah jam,,khemah siap dipasang,kayu api dicari, kelengkapan, disiapkan,,peralatan disusun.. masing2 amik tugas masing,,itu yg kerja jadi lancar..siap2 ja trus terjun dalam air..huh,,walaupun tak dalam,,tapi ok la,syok jugak,aku tanpa berlengah terus memasang pukat,,dengan harapan akan kena la kelah seekor dua utk dibakar,,heheh.

4) siap2 semua,,yus, lie, aku, dan semua sibuk naik ke atas,, tok sediakan bbq ayam, daging burger dan hot dog..sedap sx mkn selepas berendam,,heheh,,,dah siap mkn,,lepak2,,,main air,,aku dan ijam menukar rancangan utk tahan pukat kat bawah jambatan,,katanya banyak sikit ikan,,jadi tggu apa lgi,trus pasang kat sana,,dalam tengah2 dok pasang,,lebih kurang jam 6 lebih,,ujan trun dengan lebatnya,,kami trus bergegas balik ke tapak khemah,,aduhai,,dugaan,, terpaksa angkat khemah ke sebelah pondok kerana hujan lebat,,saat ini agak mencabar dan memberi sepenuh perhatian dalam setiap gerak kerja,, silap sedikit mengundang bahaya dan kecelakaan,,

5) siap setting tempat,, solat maghrib dan isya,,(dalam hutan solat tetap tidak boleh diabaikan,,syaitan tak akan dekat)..siap semua,,yus n da geng,,siapkan juadah mkn malam,antara menunya ialah, sardin tin,,ayam bakar, daging burger, hotdog dan telur goreng,,sedap bukan main lagi,, dengan beratapkan pondok,,semuanya dalam keadaan lembab,, yang penting unggun api tidak boleh terpadam,,keselamatan.. sudah makan,,sebab tiada pengisian,,satu minit terasa begitu lama,,so tak mau bagi bosan bermacam2 permainan di jalankan,,dari teka teki sehinggalah kepada sembang2 kosong,,

6) Jam menunjukkan tepat 3 pagi,,yang masih berjaga ialah aku dan cpak..yang lain semuanya sudah terbungkang,,bagi memastikan keselamatan,,aku dan cpak bersengkang mata,,maggie, biskut kering, kopi radix dan kapal api jadi santapan,, pengalaman yang agak menyeramkan aku dan cpak diganggu oleh tangisan dan hilaian makhluk yg berada bersama2 kami di dalam hutan,, sebagai hamba allah,,kami biarkan aja,,kerana dia juga merupakan makhluk allah..

7) Jam tepat 4.30,,yus dan esan dan medi bangun,,tukar sentri,,aku pun dah tak tahan sangat,,tapi dalam tak tahan, jam 5 pagi baru tertidur,,jam 7 bangun,,solat basuh muka,,trus ke jambatan,,angkat pukat,hahahah, itudia,, pukat mengena,,ikan sebarau, baung dan keli,,yahoo,,makan ikan bakar,,

8) menjelang pagi,,semuanya segar,, masak meggi,, makan biskut kering,, bakar ikan,,bestnya,,hahah,,tepat jam 11.30,semuanya bersiap,,kemas2 nak balik,,lebih kurang jam 2 bertolak balik,,penat terasa,,pengalaman takkan dilupakan,, lepas ni p kat tmpat len plak,,huhhuhu...the best teacher is your experience...



e...















Tiada ulasan: