Jumaat, 29 Januari 2010

PELAJAR VS ??????

salam dan selamat untuk semua..



1) selesai solat jumaat.. wakil pelajar dari GM mengadakan rapat umum (perhimpunan aman) bagi menjelaskan mengenai keputusan PRK.. seorang demi seorang wakil keluar melontarkan pandangan dan perasaan..

2) laungan bergema di perkarangan masjid..ramai yg berkumpul... dengan tak semena2,,trak fru dan polis mai,,

3) dua org polis berpangkat datang untuk menyuraikan perhimpunan,,tetapi dihalang dan dikerumuni oleh pelajar.. serentak dengan itu juga sekumpulan anggota fru dan anggota polis merempuh dan menolak pelajar,,berlaku sedikit kekecohan dan pergelutan dengan anggota terbabit..

4) agak sedih dan kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa.. nasib baik gas pemedih tidak dilepaskan.. setelah reda,,dua orang pelajar ditangkap dan ditahan.. sampai sekarang tidak tahu sama ada dibawa ke balai atau ditahan...

5) setelah berunding,,pelajar diminta untuk bersurai,,keputusan tidak tahu lagi..

6) bukan ini yang pelajar mahukan,,tetapi kebenaran dan ketelusan daripada keputusan pilihanraya kampus,,

7) di mana hak pelajar untuk menyuarakan pandangan bagi mendapat kebenaran,,??adakah dengan cara paksaan dan tekanan yang sebegini??

8) apapun,,perjuangan bagi pelajar tetap diteruskan sehingga kebenaran terbukti,,cukuplah yang lepas2 dengan menipu pelajar,,

9)kah kah kah,, kami bukan lembu,,,
kah kah kah,,, kami bukan kuda tunggangan,,
kah kah kah,,kami mahukan hak kami dalam menyuarakan pandangan dan kebenaran,,
kah kah kah,, cukup2 la,,kami tak mau dok kena tipu selalu.. banyak sangat dah dok kena,,





Tiada ulasan: